My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 272

Financial Services Act 2013 s 272

s 272 Savings and transitional

Notwithstanding section 271— (a) any rule, regulation, order, notification or other subsidiary legislation made and any approval, authority, consent, decision, direction, exemption, notice, order, permission, recommendation, requirement, specification or other executive act granted or done under the repealed Acts and in force or having effect before the appointed date, shall be deemed to have been made, granted or done under a corresponding provision in this Act or a corresponding provision in any direction issued pursuant to section 156, subsection 214(6) or section 216, and shall continue to remain in full force and effect in relation to the person to whom it applied until amended or revoked, except those subsidiary legislation set out in Schedule 16 which are deemed to have been revoked; (b) every guideline, direction, circular or notice under the repealed Acts in relation to any matter which corresponds with any provision of this Act, issued before the appointed date and in force immediately before the appointed date, shall be deemed to be standards which have been lawfully specified under such provisions of this Act and shall remain in full force and effect in relation to the person to whom it applied until amended or revoked; (c) any application for a licence, approval, authorization, notification, acknowledgment, consent, permission or for any other purpose whatsoever made by any person under the repealed Acts before the appointed date and pending before the appointed date, shall— (i) if there is a corresponding provision in this Act or in any direction issued under subsection 214(6) or section 216, be dealt with as if it was made under that provision; (ii) if a different provision has been made for the application under this Act or in any direction issued under subsection 214(6) or section 216, be dealt with in accordance with such provision; and (iii) if there is no corresponding provision in this Act or a different provision has not been made for the application under this Act or in any direction issued under subsection 214(6) or section 216, lapse on the appointed date and any fees or other payment received with the application shall be refunded to such person; (d) all transactions, credit facilities, dealings, contracts, powers of attorney or arrangements lawfully executed or entered into and all business lawfully done under the repealed Acts with any person shall be deemed to have been lawfully and validly executed, entered into or done under this Act, and accordingly, any right or liability under such transaction, dealing, business existing before the appointed date shall be deemed to continue to be lawful and valid under this Act; (e) without limiting the generality of paragraph (d), all insurance policies issued, all transactions or dealings lawfully executed or entered into, and all business lawfully done under the repealed Insurance Act 1996 by a person who was licensed under that repealed Act and who is authorized or registered or deemed to be authorized or registered under this Act with any policy owner, customer, creditor, debtor or other person shall be deemed to have been lawfully and validly executed, entered into, or done, under and in accordance with this Act, and any right or liability under the transaction, dealing or business existing before the appointed date shall be deemed to continue to be lawful and valid under this Act; (f) nothing shall affect any person’s liability to be investigated, prosecuted or punished for offences committed under the repealed Acts before the appointed date; (g) any pending legal proceedings, criminal prosecution or investigation under the repealed Acts shall be continued under the repealed Acts as if the repealed Acts are in force; (h) subject to paragraph (i), any reference to the repealed Acts in any written law shall be construed as a reference to this Act and any reference to any specific provision of the repealed Acts in any written law shall be construed as a reference to a provision of this Act which corresponds closely to such specific provision; (i) any reference to the Exchange Control Act 1953 or exchange control or any specific provision, or generally to the provisions, of the repealed Exchange Control Act 1953 in any written law shall be construed as a reference to section 214 or 216 of this Act or a corresponding provision in any direction issued under subsection 214(6) or section 216; (j) any reference to the Controller of Foreign Exchange in any written law shall accordingly be construed as a reference to the Bank; (k) any reference to an “authorized dealer” in subsection 1(3) of the Money Services Business Act 2011 [Act 731] shall be construed as a reference to a licensed bank under this Act and the interpretation of an “authorized dealer” in section 2 of that Act shall be construed accordingly; (l) any right, benefit, privilege, obligation or liability acquired, accrued or incurred under the repealed Acts, shall continue to remain in force under this Act; and (m) all other acts or things done under the repealed Acts shall be deemed to have been done under this Act and accordingly, shall continue to be valid and lawful under this Act.

Malay text (authoritative)

Kecualian dan peralihan

Walau apa pun seksyen 271— (a) apa-apa kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, perintah, pemberitahuan atau perundangan subsidiari lain, yang dibuat dan apa-apa kelulusan, kuasa, keizinan, keputusan, arahan, pengecualian, notis, perintah, kebenaran, syor, kehendak, penentuan atau tindakan eksekutif lain, yang diberikan atau dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan dan berkuat kuasa atau mempunyai kesan sebelum tarikh yang ditetapkan, hendaklah disifatkan telah dibuat, diberi atau dilakukan di bawah suatu peruntukan bersamaan, dalam Akta ini atau suatu peruntukan bersamaan dalam mana-mana arahan yang dikeluarkan menurut seksyen 156, subseksyen 214(6) atau seksyen 216, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya berhubungan dengan orang yang baginya ia terpakai sehingga dipinda atau dibatalkan, kecuali perundangan subsidiari yang dinyatakan dalam Jadual 16 yang disifatkan telah dibatalkan; (b) tiap-tiap garis panduan, arahan, surat pekeliling atau notis di bawah Akta yang dimansuhkan berhubungan dengan mana-mana perkara yang bersamaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini, yang dikeluarkan sebelum tarikh yang ditetapkan dan berkuat kuasa sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan, hendaklah disifatkan sebagai standard yang telah ditentukan menurut undang-undang di bawah mana-mana peruntukan Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya berhubungan dengan orang yang baginya ia terpakai sehingga dipinda atau dibatalkan; (c) apa-apa permohonan bagi suatu lesen, kelulusan, pemberikuasaan, pemberitahuan, akuan terima, keizinan, kebenaran atau bagi apa-apa maksud lain jua pun, yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan dan yang belum selesai sebelum tarikh yang ditetapkan, hendaklah— (i) sekiranya terdapat suatu peruntukan bersamaan dalam Akta ini atau dalam mana-mana arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 214(6) atau seksyen 216, diuruskan seolah-olah ia dibuat di bawah peruntukan itu; (ii) sekiranya suatu peruntukan berlainan telah dibuat bagi permohonan di bawah Akta ini atau dalam mana-mana arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 214(6) atau seksyen 216, diuruskan mengikut mana-mana peruntukan itu; dan (iii) sekiranya tiada peruntukan bersamaan dalam Akta ini atau peruntukan berlainan telah dibuat bagi permohonan di bawah Akta ini atau dalam mana-mana arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 214(6) atau seksyen 216, luput pada tarikh yang ditetapkan dan apa-apa fi atau bayaran lain yang diterima dengan permohonan itu hendaklah dikembalikan kepada orang itu; (d) semua transaksi, kemudahan kredit, urus niaga, kontrak, surat kuasa wakil atau perkiraan yang disempurnakan atau dibuat menurut undang-undang, dan semua perniagaan yang dilakukan menurut undang-undang di bawah Akta yang dimansuhkan dengan mana-mana orang hendaklah disifatkan telah disempurnakan, dibuat atau dilakukan menurut undang-undang dan sah di bawah Akta ini, dan dengan sewajarnya, apa-apa hak atau liabiliti di bawah transaksi, urus niaga, perniagaan itu yang sedia ada sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah disifatkan terus menjadi menurut undang-undang dan sah di bawah Akta ini; (e) tanpa mengehadkan keluasan perenggan (d), semua polisi insurans yang dikeluarkan, semua transaksi atau urus niaga yang disempurnakan atau dibuat menurut undang-undang, dan semua perniagaan yang dilakukan menurut undang-undang, di bawah Akta Insurans 1996 yang dimansuhkan oleh seseorang yang dilesenkan di bawah Akta yang dimansuhkan itu dan telah diberi kuasa atau didaftarkan atau disifatkan telah diberi kuasa atau didaftarkan di bawah Akta ini, dengan mana-mana pemunya polisi, pelanggan, pemiutang, penghutang atau orang lain hendaklah disifatkan telah disempurnakan, dibuat atau dilakukan menurut undang-undang dan sah di bawah Akta ini, dan mana-mana hak atau liabiliti di bawah transaksi, urus niaga atau perniagaan yang sedia ada sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah disifatkan terus menjadi menurut undang-undang dan sah di bawah Akta ini; (f) tiada apa jua pun yang boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk disiasat, didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan; (g) apa-apa prosiding undang-undang, pendakwaan jenayah atau penyiasatan yang belum selesai di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah diteruskan di bawah Akta yang dimansuhkan itu seolah-olah Akta yang dimansuhkan itu berkuat kuasa; (h) tertakluk kepada perenggan (i), apa-apa sebutan kepada Akta yang dimansuhkan dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah diertikan sebagai suatu sebutan kepada Akta ini dan apa-apa sebutan kepada mana-mana peruntukan khusus Akta yang dimansuhkan dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah diertikan sebagai suatu sebutan kepada suatu peruntukan Akta ini yang bersamaan dengan seberapa hampir kepada peruntukan khusus itu; (i) apa-apa sebutan kepada Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 atau kawalan pertukaran atau apa-apa peruntukan khusus, atau secara amnya kepada peruntukan, Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 yang dimansuhkan dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah diertikan sebagai suatu sebutan kepada seksyen 214 atau 216 Akta ini atau suatu peruntukan bersamaan dalam mana-mana arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 214(6) atau seksyen 216; (j) apa-apa sebutan kepada Pengawal Pertukaran Wang Asing dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah diertikan dengan sewajarnya sebagai suatu sebutan kepada Bank; (k) apa-apa sebutan kepada seorang “peniaga yang diberi kuasa” dalam subseksyen 1(3) Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 [Akta 731] hendaklah diertikan sebagai suatu sebutan kepada bank berlesen di bawah Akta ini dan tafsiran seorang “peniaga yang diberi kuasa” dalam seksyen 2 Akta itu hendaklah diertikan dengan sewajarnya; (l) apa-apa hak, manfaat, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau ditanggung di bawah Akta yang dimansuhkan, hendaklah terus berkuat kuasa di bawah Akta ini; dan (m) semua tindakan atau benda lain yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dilakukan di bawah Akta ini dan dengan sewajarnya, hendaklah terus menjadi sah dan menurut undang-undang di bawah Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part XVII →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next