s 274 Savings in respect of Islamic financial business
The following persons shall be deemed to be approved under subsection 15(1):
(a) a licensed bank or licensed investment bank which has consulted the Bank under section 124 of the repealed
Banking and Financial Institutions Act 1989, and has obtained the approval of the Bank to carry on Islamic banking business;
(b) an approved issuer of a designated payment instrument which has obtained a written approval under subsection 25(1) of the repealed Payment Systems Act 2003 for the issuance of Islamic designated payment instruments; and
(c) an operator of—
(i) a payment system which has been notified under subsection 5(1) of the repealed Payment Systems Act 2003 provided that the business of the operator of that payment system corresponds to a payment system set out in Part 1 of Schedule 1 of the Islamic Financial Services Act 2012; or
(ii) a designated payment system that facilitates participants engaged in Islamic financial business to transfer, clear or settle funds or securities,
and any conditions imposed on such persons under the repealed Acts referred to in paragraphs (a), (b) and (c) before the appointed date shall be deemed to be imposed under subsection 15(1).
Malay text (authoritative)
Kecualian berkenaan dengan perniagaan kewangan Islam
Orang yang berikut hendaklah disifatkan telah diluluskan di bawah subseksyen 15(1):
(a) bank berlesen atau bank pelaburan berlesen yang telah berunding dengan Bank di bawah seksyen 124 Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang dimansuhkan, dan telah mendapatkan kelulusan Bank bagi menjalankan perniagaan perbankan Islam;
(b) pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan yang telah memperoleh suatu kelulusan bertulis di bawah subseksyen 25(1) Akta Sistem Pembayaran 2003 yang dimansuhkan bagi pengeluaran instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan; dan
(c) pengendali—
(i) sistem pembayaran yang telah diberikan notis di bawah subseksyen 5(1) Akta Sistem Pembayaran 2003 yang dimansuhkan dengan syarat bahawa perniagaan pengendali bagi sistem pembayaran itu bersamaan dengan sistem pembayaran yang dinyatakan dalam Bahagian 1 Jadual 1 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2012; atau
(ii) sistem pembayaran yang ditetapkan yang memudahkan peserta yang terlibat dalam perniagaan kewangan Islam untuk memindahkan, menjelaskan atau menyelesaikan dana atau sekuriti, dan mana-mana syarat yang dikenakan atas orang itu di bawah Akta yang dimansuhkan yang disebut dalam perenggan (a), (b) dan (c) sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah disifatkan dikenakan di bawah subseksyen 15(1).
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).