Financial Services Act 2013 s 280
s 280 Savings in respect of financial holding company
(1) A company which has been approved by the Minister under section 45 or 46 of the repealed Banking and Financial Institutions Act 1989 to hold more than fifty per cent of interest in shares of a licensed bank or licensed merchant bank as defined in subsection 2(1) of that Act and has been designated by the Bank as a financial holding company or bank holding company, as the case may be, shall be deemed to be approved as a financial holding company under subsection 112(3).
(2) Where the Bank has not designated a financial holding company or bank holding company for a licensed bank or licensed merchant bank before the appointed date, a company which holds more than fifty per cent of interest in shares of such licensed bank or licensed merchant bank shall submit an application to
the Bank for it to be approved as a financial holding company within a period of twelve months from the appointed date or such longer period as may be specified by the Bank.
(3) A company which has been approved by the Minister under section 67 of the repealed Insurance Act 1996 to hold more than fifty per cent of interest in shares of a licensed insurer, shall submit an application to the Bank for it to be approved as a financial holding company within a period of twelve months from the appointed date or such longer period as may be specified by the Bank.
(4) An application referred to in subsection (2) or (3) shall be dealt with as if it was made under section 110 and a company referred to in subsection (2) or (3) which fails to submit an application after the expiry of the twelve months or such longer period specified by the Bank under subsection (2) or (3) commits a breach and the Bank may take any action under subsection 234(3).
Malay text (authoritative)
Kecualian berkenaan dengan syarikat pemegangan kewangan
(1) Suatu syarikat yang telah diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 45 atau 46 Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang dimansuhkan untuk memegang melebihi lima puluh peratus kepentingan dalam syer bank berlesen atau bank saudagar berlesen sebagaimana ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta itu dan telah ditetapkan oleh Bank sebagai syarikat
pemegangan kewangan atau syarikat pemegangan bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan sebagai telah diluluskan sebagai syarikat pemegangan kewangan di bawah subseksyen 112(3).
(2) Jika Bank tidak menetapkan syarikat pemegangan kewangan atau syarikat pemegangan bank bagi orang berlesen atau bank saudagar berlesen sebelum tarikh yang ditetapkan, suatu syarikat yang memegang melebihi lima puluh peratus kepentingan dalam syer bank berlesen atau bank saudagar berlesen itu hendaklah mengemukakan suatu permohonan kepada Bank bagi ia diluluskan sebagai syarikat pemegangan kewangan dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh yang ditetapkan atau apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
(3) Suatu syarikat yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 67 Akta Insuran 1996 yang dimansuhkan untuk memegang melebihi lima puluh peratus kepentingan dalam syer penanggung insurans berlesen, hendaklah mengemukakan suatu permohonan kepada Bank bagi ia diluluskan sebagai syarikat pemegangan kewangan dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh yang ditetapkan atau apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
(4) Suatu permohonan yang disebut dalam subseksyen (2) atau (3) hendaklah diurus seolah-olah ia dibuat di bawah seksyen 110 dan suatu syarikat yang disebut dalam subseksyen (2) atau (3) yang gagal untuk mengemukakan permohonan selepas habis tempoh dua belas bulan atau apa-apa tempoh lanjut yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen (2) atau (3) melakukan suatu kemungkiran dan Bank boleh mengambil apa-apa tindakan di bawah subseksyen 234(3).
Read this section in the full act → · Open Part XVII →
Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).