My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 281

Financial Services Act 2013 s 281

s 281 Savings in respect of deposits accepted by co-operative societies

(1) Subject to the provision of this section, nothing contained in sections 137 and 138 shall render invalid any deposit accepted lawfully by a co-operative society from a person who is not a member of such co-operative society before the appointed date provided that such co-operative society shall, within six months from the appointed date or such longer period as may be specified by the Bank, submit an application to the Bank together with such documents or information as may be specified by the Bank for it to continue accepting deposits from non-members. (2) The Bank may approve, with or without conditions, or reject the application referred to in subsection (1) and a co-operative society so approved shall comply with any condition imposed on it by the Bank. (3) The Bank may grant an approval under subsection (2) if the Bank is satisfied that such co-operative society has given a written undertaking that it will comply with such conditions as may be imposed by the Bank under subsection (2). (4) Section 259 shall apply to a written undertaking given under this section. (5) The Bank may, at any time, in writing amend or revoke any existing condition imposed on such approval under subsection (2) or impose any new condition thereto. Schedule 1 [Subsection 2(1), sections 8, 33, 35, 36, 156 and 278]

Malay text (authoritative)

Kecualian berkenaan dengan deposit yang disetuju terima oleh koperasi

(1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, tiada apa jua pun yang terkandung dalam seksyen 137 dan 138 boleh menjadikan tidak sah apa-apa deposit yang disetuju terima menurut undangundang oleh suatu koperasi daripada seorang yang bukan anggota kepada koperasi itu sebelum tarikh yang ditetapkan dengan syarat bahawa koperasi itu hendaklah, dalam enam bulan dari tarikh yang ditetapkan atau mana-mana tempoh lanjut sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, mengemukakan suatu permohonan kepada Bank berserta dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank untuk ia terus menyetuju terima deposit daripada bukan anggota. (2) Bank boleh meluluskan, dengan syarat atau tidak, atau menolak permohonan yang disebut dalam subseksyen (1) dan suatu koperasi yang diberikan kelulusan hendaklah mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan atasnya oleh Bank. (3) Bank boleh memberikan suatu kelulusan di bawah subseksyen (2) sekiranya Bank berpuas hati bahawa koperasi itu telah memberikan suatu aku janji bertulis bahawa ia akan mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh Bank di bawah subseksyen (2). (4) Seksyen 259 hendaklah terpakai bagi aku janji bertulis yang diberikan di bawah seksyen ini. (5) Bank boleh, pada bila-bila masa, secara bertulis meminda atau membatalkan apa-apa syarat sedia ada yang dikenakan atas kelulusan di bawah subseksyen (2) atau mengenakan apa-apa syarat baru atasnya. Jadual 1 [Subseksyen 2(1), seksyen 8, 33, 35, 36, 156 dan 278]

Read this section in the full act → · Open Part XVII →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next