My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 47

Financial Services Act 2013 s 47

s 47 Power of Bank to specify standards on prudential matters

(1) The Bank may specify standards on prudential matters to promote— (a) the sound financial position of an institution; or (b) integrity, professionalism and expertise in the conduct of the business, affairs and activities of an institution. (2) Without limiting the generality of subsection (1), standards specified under that subsection may include standards relating to— (a) capital adequacy; (b) liquidity; (c) corporate governance; (d) risk management; (e) related party transactions; (f) maintenance of reserve funds; (g) insurance funds; and (h) prevention of an institution from being used, intentionally or unintentionally, for criminal activities. (3) For purposes of paragraph (2)(e), “related party transactions” means transactions with an institution involving— (a) a director, officer or shareholder of the institution; (b) any person in a position to influence or control the institution or affect the decisions of the institution; (c) a relative or dependent of any person referred to in paragraph (a) or (b); or (d) any other person as may be specified by the Bank, which in the opinion of the Bank may cause the institution to be in a conflict of interest situation.

Malay text (authoritative)

Kuasa Bank untuk menentukan standard perkara berhemat

(1) Bank boleh menentukan standard mengenai perkara berhemat untuk menggalakkan— (a) kedudukan kewangan yang kukuh suatu institusi; atau (b) integriti, profesionalisme dan kepakaran dalam pelakuan perniagaan, hal ehwal dan aktiviti institusi. (2) Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), standard yang ditentukan di bawah subseksyen itu boleh termasuk standard yang berhubungan dengan— (a) kecukupan modal; (b) likuiditi; (c) tadbir urus korporat; (d) pengurusan risiko; (e) transaksi pihak yang berkaitan; (f) penyenggaraan kumpulan wang rizab; (g) kumpulan wang insurans; dan (h) pencegahan institusi daripada digunakan, dengan sengaja atau tidak sengaja, bagi aktiviti jenayah. (3) Bagi maksud perenggan (2)(e), “transaksi pihak yang berkaitan” ertinya transaksi dengan institusi yang melibatkan— (a) pengarah, pegawai atau pemegang syer institusi itu; (b) mana-mana orang yang dalam suatu kedudukan untuk mempengaruhi atau mengawal institusi itu atau menjejaskan keputusan institusi itu; (c) saudara atau tanggungan mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (a) atau (b); atau (d) mana-mana orang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, yang pada pendapat Bank boleh menyebabkan institusi itu berada dalam suatu keadaan percanggahan kepentingan.

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next