s 48 Institution, director and officer to comply with standards
(1) Every institution shall at all times—
(a) comply with the standards as may be specified by the Bank under subsection 47(1) which are applicable to such institution;
(b) ensure that its internal policies and procedures are consistent with the standards as may be specified by the Bank under subsection 47(1); and
(c) whether or not standards have been specified by the Bank under subsection 47(1), manage its business, affairs and activities in a manner consistent with sound risk management and governance practices which are effective, accountable and transparent.
(2) Every director and officer of an institution shall at all times comply with the internal policies and procedures adopted by such institution including internal policies and procedures to implement the standards as may be specified by the Bank under subsection 47(1).
Malay text (authoritative)
Institusi, pengarah dan pegawai untuk mematuhi standard
(1) Tiap-tiap institusi hendaklah pada setiap masa—
(a) mematuhi standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 47(1) yang terpakai bagi institusi itu;
(b) memastikan bahawa dasar dan tatacara dalamannya selaras dengan standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 47(1); dan
(c) sama ada atau tidak standard telah ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 47(1), menguruskan perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya dengan cara yang selaras dengan pengurusan risiko yang kukuh dan amalan tadbir urus yang berkesan, bertanggungjawab dan telus.
(2) Tiap-tiap pengarah dan pegawai institusi hendaklah pada setiap masa mematuhi dasar dan tatacara dalaman yang diterima pakai oleh institusi itu termasuk dasar dan tatacara dalaman untuk melaksanakan standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 47(1).
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).