My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 5

Financial Services Act 2013 s 5

s 5 Classification of, and construction of references to, insurance business

(1) For the purposes of this Act, insurance business shall be divided into two classes— (a) life business, which in addition to all insurance business concerned with life policies shall include any type of insurance business carried on as incidental only to the life insurer’s business; and (b) general business, which means all insurance business which is not life business. (2) For the purposes of this Act, the reinsurance of liabilities under insurance policies shall be treated as belonging to the same class and description as the insurance policies being reinsured. (3) Notwithstanding anything in subsection (1) or the determination of a policy to a particular insurance fund by a licensed insurer, if the Bank is satisfied that any part of the licensed insurer’s business which belongs to a particular class or description of insurance business ought in that licensed insurer’s case to be treated as belonging to another class or description, the Bank may direct that it shall be so treated for the purposes of this Act. (4) For the purposes of this Act— (a) the activity of— (i) effecting a contract of insurance; or (ii) carrying out a contract of insurance, by way of business shall constitute the carrying on of insurance business; (b) a person is deemed to effect, or carry out, a contract of insurance by way of business if he— (i) engages in such activity in a manner which in itself constitutes the carrying on of a business; (ii) holds himself out as willing and able to engage in such activity; or (iii) regularly solicits other persons to engage with him in transactions constituting such activity; and (c) a reference to carrying on insurance business includes carrying it on through an agent, or as an agent, but “insurer” does not include an insurance agent as such nor in the case of a person who is both insurer and insurance agent, any business done by that person as an insurance agent. (5) For the purposes of this Act— (a) the Minister may, on the recommendation of the Bank, prescribe any business or activity as insurance business; (b) the Bank may determine such business or activity to belong to a particular class referred to in subsection (1) or description, of insurance business; and (c) the businesses set out in Schedule 4 shall not be treated as insurance business.

Malay text (authoritative)

Pengelasan, dan tafsiran sebutan mengenai, perniagaan insurans

(1) Bagi maksud Akta ini, perniagaan insurans hendaklah dibahagikan kepada dua kelas— (a) perniagaan hayat, yang sebagai tambahan kepada semua perniagaan insurans berkenaan dengan polisi hayat hendaklah termasuk apa-apa jenis perniagaan insurans yang dijalankan hanya sebagai sampingan kepada perniagaan insurans hayat penanggung insurans; dan (b) perniagaan am, yang ertinya semua perniagaan insurans yang bukan perniagaan hayat. (2) Bagi maksud Akta ini, insurans semula liabiliti di bawah polisi insurans hendaklah dikira tergolong dalam kelas dan perihalan yang sama dengan polisi insurans yang diinsuranskan semula. (3) Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (1) atau penentuan suatu polisi kepada suatu kumpulan wang insurans tertentu oleh penanggung insurans berlesen, sekiranya Bank berpuas hati bahawa mana-mana bahagian perniagaan penanggung insurans berlesen yang tergolong dalam suatu kelas atau perihalan tertentu perniagaan insurans patut dalam hal penanggung insurans berlesen itu dikira sebagai tergolong dalam kelas atau perihalan lain, Bank boleh mengarahkan bahawa ia dikira sedemikian bagi maksud Akta ini. (4) Bagi maksud Akta ini— (a) aktiviti— (i) melaksanakan suatu kontrak insurans; atau (ii) menjalankan suatu kontrak insurans, melalui perniagaan hendaklah menjadi suatu penjalanan perniagaan insurans; (b) seorang adalah disifatkan melaksanakan, atau menjalankan, suatu kontrak insurans melalui perniagaan sekiranya dia— (i) terlibat dalam apa-apa aktiviti dengan cara yang dengan sendirinya menjadi penjalanan suatu perniagaan; (ii) mengemukakan dirinya sebagai sanggup dan berupaya untuk terlibat dalam aktiviti itu; atau (iii) mensolisit dengan tetap orang lain untuk terlibat dengannya dalam transaksi yang menjadi aktiviti itu; dan (c) suatu sebutan mengenai penjalanan perniagaan insurans termasuklah menjalankannya melalui ejen, atau sebagai ejen, tetapi “penanggung insurans” tidaklah termasuk ejen insurans atau pun dalam hal seorang yang merupakan kedua-dua penanggung insurans dan ejen insurans, apaapa perniagaan yang dibuat oleh orang itu sebagai ejen insurans. (5) Bagi maksud Akta ini— (a) Menteri boleh, atas syor Bank, menetapkan apa-apa perniagaan atau aktiviti sebagai perniagaan insurans; (b) Bank boleh menentukan perniagaan atau aktiviti itu sebagai tergolong dalam kelas tertentu yang disebut dalam subseksyen (1) atau perihalan, perniagaan insurans; dan (c) perniagaan yang dinyatakan dalam Jadual 4 tidak boleh dikira sebagai perniagaan insurans.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next