My bookmarksSign up free
← Goods and Services Tax Act 2014

Goods and Services Tax Act 2014 s 103

Goods and Services Tax Act 2014 s 103

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 103 Evidential provisions

(1) In any proceedings under this Act any statement purporting to be signed by the Director General or an officer authorized by him which forms part of or is annexed to the information, complaint or statement of claim, shall be prima facie evidence of the facts stated therein. (2) A transcript of any particulars contained in a return or other document relating to tax, if it is certified under the hand of the Director General or an officer authorized by him to be a true copy of the particulars, shall be prima facie evidence of the facts stated therein. (3) No statement made or document produced by or on behalf of any person shall be inadmissible in evidence against the person in any proceedings against him to which this section applies, by reason only of the fact that he was or may have been induced to make the statement or produce the document by any inducement, promise or threat made by any person having any official duty under, or being appointed for the due administration of, this Act. (4) Nothing in this Act shall affect the operation of Chapter IX of Part III of the Evidence Act 1950. (5) For the purposes of section 83, where in any proceedings it is proved that any false statement or entry has been made in any return rendered under this Act by or on behalf of any person or in any books of account or records of any person— (a) the person shall be presumed, until the contrary is proved, to have made the false statement or entry or to have caused the false statement or entry to be made or to have allowed it to be made with intent to evade the payment of tax or to obtain a refund of tax to which the person is not entitled, as the case may be; and (b) any other person who made any false statement or entry shall be presumed, until the contrary is proved, to have made the false statement or entry with intent to assist the first-mentioned person to evade the payment of tax or to obtain a refund of tax to which he is not entitled. (6) Where any officer of goods and services tax has obtained any document or other evidence in exercise of his powers under this Act, the document or copy of the document or other evidence, as the case may be, shall be prima facie evidence of the facts stated therein, notwithstanding anything to the contrary in any written law. (7) Where any document which is to be used in any proceedings against any person for an offence under this Act is in a language other than the national language or English language, a translation of the document into the national language or English language shall be admissible in evidence where the translation is accompanied by a certificate of the person who translated the document setting out that it is an accurate, faithful and true translation and the translation had been done by the person at the instance of any officer of goods and services tax. (8) Subsection (7) shall apply to a document which is translated, regardless of whether the document was made in or outside Malaysia, or whether the translation was done in or outside Malaysia, or whether possession of the document was obtained by any officer of goods and services tax in or outside Malaysia.

Malay text (authoritative)

Peruntukan keterangan

(1) Dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini apa-apa pernyataan yang berupa sebagai telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa olehnya yang menjadi sebahagian daripada atau yang dilampirkan kepada maklumat, aduan atau pernyataan tuntutan itu, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya. (2) Suatu transkrip mengenai apa-apa butir yang terkandung dalam suatu penyata atau dokumen lain yang berhubungan dengan cukai, jika ia diperakui dengan ditandatangani oleh Ketua Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa olehnya sebagai suatu salinan benar butir-butir itu, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya. (3) Tiada pernyataan yang dibuat atau dokumen yang dikemukakan oleh atau bagi pihak mana-mana orang boleh tidak diterima dalam keterangan terhadap seseorang dalam apa-apa prosiding terhadapnya yang seksyen ini terpakai baginya, semata-mata dengan sebab fakta bahawa dia telah atau mungkin telah didorong untuk membuat pernyataan atau mengemukakan dokumen oleh apa-apa dorongan, janji atau ugutan yang dibuat oleh mana-mana orang yang mempunyai apa-apa kewajipan rasmi di bawah Akta ini, atau dilantik bagi pentadbiran wajar Akta ini. (4) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan pelaksanaan Bab IX Bahagian III Akta Keterangan 1950. (5) Bagi maksud seksyen 83, jika dalam apa-apa prosiding dibuktikan bahawa apa-apa pernyataan atau catatan palsu telah dibuat dalam apa-apa penyata yang diberikan di bawah Akta ini oleh atau bagi pihak mana-mana orang atau dalam apa-apa buku akaun atau rekod mana-mana orang— (a) orang itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah membuat pernyataan atau catatan palsu atau telah menyebabkan pernyataan atau catatan palsu itu dibuat atau telah membenarkan ia dibuat dengan niat untuk mengelak pembayaran cukai atau untuk memperoleh suatu pembayaran balik cukai yang orang itu tidak berhak kepadanya, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan (b) mana-mana orang lain yang membuat apa-apa pernyataan atau catatan palsu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah membuat pernyataan atau catatan palsu itu dengan niat untuk membantu orang yang mula-mula disebut untuk mengelak pembayaran cukai atau untuk memperoleh suatu pembayaran balik cukai yang dia tidak berhak kepadanya. (6) Jika mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan telah memperoleh apa-apa dokumen atau keterangan lain dalam menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, dokumen atau salinan dokumen itu atau keterangan lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya, walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis. (7) Jika apa-apa dokumen yang hendak digunakan dalam apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini adalah dalam suatu bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, terjemahan dokumen itu dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris hendaklah diterima sebagai keterangan jika terjemahan itu disertai dengan suatu perakuan orang yang menterjemahkan dokumen itu yang menyatakan bahawa terjemahan itu ialah terjemahan yang tepat, benar dan betul dan terjemahan itu telah dibuat oleh orang itu atas kehendak mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan. (8) Subseksyen (7) hendaklah terpakai bagi sesuatu dokumen yang diterjemahkan, tidak kira sama ada dokumen itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada terjemahan itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada milikan dokumen itu telah diperoleh oleh mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan di dalam atau di luar Malaysia.

Read this section in the full act → · Open Part XII →

Find Act 762 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next