My bookmarksSign up free
← Goods and Services Tax Act 2014

Goods and Services Tax Act 2014 s 107

Goods and Services Tax Act 2014 s 107

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 107 Production of a certificate of analysis

(1) In any prosecution under this Act, a certificate of analysis purporting to be under the hand of an analyst shall, on production thereof by the prosecutor, be sufficient evidence of the facts stated therein unless the accused requires that the analyst be called as a witness, in which case he shall give notice thereof to the prosecutor not less than three clear days before the commencement of the trial: Provided always that in any case in which the Public Prosecutor intends to give in evidence any certificate of analysis he shall deliver a copy thereof to the accused not less than ten clear days before the commencement of the trial. (2) Analysts are bound to state the truth in the certificate of analysis under their hands. (3) For the purposes of this section, “analyst” means— (a) a person employed as a Chemist in the Department of Chemistry, or as a Chemist or Assistant Chemist at the Institute for Medical Research; (b) a Senior Chemist in the Department of Agriculture; (c) a person employed as a Chemist or Geologist in the Department of Minerals and Geoscience; (d) any chemist in the employment of the Government of Malaysia or Singapore; (e) any other person or class of persons who is or are declared by the Minister charged with responsibility for the Department of Chemistry, by notification in the Gazette, to be an analyst or analysts; (f) any police officer or officer of customs who is declared by the Minister, by notification in the Gazette, to be an analyst; (g) any person appointed by the Minister under section 399 of the Criminal Procedure Code to be a Document Examiner; (h) any Inspector of Weights and Measures appointed under any written law relating to weights and measures; and (i) any person or class of persons who is or are declared by the Minister, by notification in the Gazette, to whom the provisions of this section shall apply. (4) If an analyst is called by the accused under subsection (1), he shall be called at the expense of the accused unless the court otherwise directs. (5) For the purposes of subsection (3), “Minister” means the Minister responsible for the matter in connection with which the reference is made.

Malay text (authoritative)

Pengemukaan perakuan analisis

(1) Dalam apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini, suatu perakuan analisis yang berupa sebagai ditandatangani oleh seorang juruanalisis hendaklah, apabila dikemukakan oleh pendakwa, menjadi keterangan yang mencukupi tentang fakta yang dinyatakan dalamnya melainkan jika tertuduh menghendaki supaya juruanalisis itu dipanggil sebagai saksi, dalam hal yang demikian dia hendaklah memberikan notis mengenai perkara itu kepada pendakwa tidak kurang daripada tiga hari genap sebelum perbicaraan bermula: Dengan syarat sentiasanya bahawa dalam apa-apa keadaan yang Pendakwa Raya berhasrat untuk memberikan keterangan apa-apa perakuan analisis dia hendaklah menyerahkan suatu salinan perakuan analisis itu kepada tertuduh tidak kurang daripada sepuluh hari genap sebelum perbicaraan bermula. (2) Juruanalisis adalah terikat untuk menyatakan yang benar dalam perakuan analisis yang ditandatangani sendiri oleh mereka. (3) Bagi maksud seksyen ini, “juruanalisis” ertinya— (a) seseorang yang diambil kerja sebagai seorang Ahli Kimia di Jabatan Kimia, atau sebagai seorang Ahli Kimia atau Penolong Ahli Kimia di Institut Penyelidikan Perubatan; (b) seorang Ahli Kimia Kanan di Jabatan Pertanian; (c) seseorang yang diambil kerja sebagai seorang Ahli Kimia atau Ahli Geologi di Jabatan Mineral dan Geosains; (d) mana-mana ahli kimia dalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia atau Singapura; (e) mana-mana orang lain atau golongan orang yang diisytiharkan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi Jabatan Kimia, melalui pemberitahuan dalam Warta, sebagai seorang juruanalisis atau juruanalisis-juruanalisis; (f) mana-mana pegawai polis atau pegawai kastam yang diisytiharkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta sebagai seorang juruanalisis; (g) mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah sebagai seorang Pemeriksa Dokumen; (h) mana-mana Inspektor Timbang dan Sukat yang dilantik di bawah mana-mana undang–undang bertulis yang berhubungan dengan timbang dan sukat; dan (i) mana-mana orang atau golongan orang yang diisytiharkan oleh Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta, yang baginya peruntukan seksyen ini adalah terpakai. (4) Jika seorang juru analisis dipanggil oleh tertuduh di bawah subseksyen (1), dia hendaklah dipanggil atas perbelanjaan tertuduh itu melainkan jika mahkamah mengarahkan selainnya. (5) Bagi maksud subseksyen (3), “Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi perkara yang berkaitan dengannya sebutan itu dibuat.

Read this section in the full act → · Open Part XII →

Find Act 762 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next