My bookmarksSign up free
← Goods and Services Tax Act 2014

Goods and Services Tax Act 2014 s 119

Goods and Services Tax Act 2014 s 119

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 119 Vesting of forfeited goods in the Federal Government

(1) Where any goods is forfeited under this Act, the goods shall vest in the Federal Government free from any right, interest or encumbrance of any person except a right, interest or encumbrance which is held by a purchaser in good faith for valuable consideration and which is not otherwise null and void under any written law. (2) Where any person who holds any encumbrance to which the goods is subject claims that he holds the encumbrance as a purchaser in good faith for valuable consideration and that the encumbrance is not otherwise null and void under any written law, and the Federal Government disputes such claim, the Public Prosecutor may apply to the Sessions Court to determine the question and the court shall determine the question after giving an opportunity to be heard to the person holding the encumbrance and hearing the reply of the Public Prosecutor to any representations which may be made before that court by the person holding the encumbrance. (3) Where any goods is vested in the Federal Government under subsection (1), the vesting shall take effect without any transfer, conveyance, deed or other instrument and where any registration or such vesting is required under any law, the authority empowered to effect the registration shall do so in the name of such public officer, authority, person or body as the Public Prosecutor may specify. (4) Where the goods vested in the Federal Government under subsection (1) is an immovable goods, the vesting shall, upon production to the Registrar of Titles or the Land Administrator, as the case may be, in Peninsular Malaysia, or to the Registrar of Titles or the Collector of Land Revenue, as the case may be, in Sabah or the Registrar of Titles or the Director of Lands and Surveys, as the case may be, in Sarawak, of the order of the court forfeiting the immovable property, or in the case of property forfeited under section 117, a certificate of the Public Prosecutor certifying that the goods has been forfeited, be registered in the name of the Federal Lands Commissioner.

Malay text (authoritative)

Perletakhakan barang yang dilucuthakkan pada Kerajaan Persekutuan

(1) Jika apa-apa barang dilucuthakkan di bawah Akta ini, barang itu hendaklah terletak hak pada Kerajaan Persekutuan bebas daripada apa-apa hak, kepentingan atau bebanan mana-mana orang kecuali hak, kepentingan atau bebanan yang dipegang oleh seorang pembeli suci hati dengan balasan berharga dan yang tidak selainnya batal dan tidak sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis. (2) Jika mana-mana orang memegang apa-apa bebanan yang kepadanya barang itu tertakluk menuntut bahawa dia memegang bebanan itu sebagai pembeli suci hati dengan balasan berharga dan bahawa bebanan itu tidak selainnya batal dan tidak sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan Kerajaan Persekutuan mempertikaikan tuntutan itu, Pendakwa Raya boleh memohon kepada Mahkamah Sesyen supaya memutuskan persoalan itu dan mahkamah boleh memutuskan persoalan itu setelah memberikan peluang untuk didengar kepada orang yang memegang bebanan itu dan mendengar jawapan daripada Pendakwa Raya tentang apa-apa representasi yang dibuat di hadapan mahkamah itu oleh orang yang memegang bebanan itu. (3) Jika mana-mana barang terletak hak pada Kerajaan Persekutuan di bawah subseksyen (1), perletakhakan itu hendaklah berkuat kuasa tanpa apa-apa pindah hakmilik, pindah hak, surat ikatan atau surat cara lain dan jika apa-apa pendaftaran atau perletakhakan itu dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang, pihak berkuasa yang diberi kuasa untuk melaksanakan pendaftaran itu hendaklah berbuat demikian atas nama pegawai awam itu, pihak berkuasa, orang atau badan yang ditentukan oleh Pendakwa Raya. (4) Jika barang yang terletak hak pada Kerajaan Persekutuan di bawah subseksyen (1) ialah barang tak alih, perletakhakan itu hendaklah, apabila dikemukakan kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Semenanjung Malaysia, atau kepada Pendaftar Hakmilik atau Pemungut Hasil Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Sabah atau Pendaftar Hakmilik atau Pengarah Tanah dan Ukur, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Sarawak, perintah mahkamah yang melucuthakkan barang tak alih itu, atau dalam hal barang yang dilucuthakkan di bawah seksyen 117, suatu perakuan Pendakwa Raya mengesahkan bahawa barang itu telah dilucuthakkan, hendaklah didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Read this section in the full act → · Open Part XII →

Find Act 762 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next