This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.
s 121 Compounding of offences
(1) The officer of goods and services tax may, with the written consent of the Public Prosecutor, compound any offence committed by any person under this Act and prescribed to be a compoundable offence by making a written offer to the person suspected of committing the offence to compound the offence on payment to the Director General of an amount of money not exceeding fifty per centum of the amount of the maximum fine for that offence within the time specified in the offer.
(2) An offer under subsection (1) may be made at any time after the offence has been committed, but before any prosecution for it has been instituted, and if the amount specified in the offer is not paid within the time specified in the offer or within any extended period as the Director General may grant, prosecution for the offence may be instituted at any time after that against the person to whom the offer was made.
(3) Where an offence has been compounded under subsection (1), no prosecution shall after that be instituted in respect of the offence against the person to whom the offer to compound was made.
Malay text (authoritative)
Pengkompaunan kesalahan
(1) Pegawai cukai barang dan perkhidmatan boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dan ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh kompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Ketua Pengarah suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.
(2) Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa–apa pendakwaan ke atasnya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh yang dilanjutkan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(3) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).