My bookmarksSign up free
← Goods and Services Tax Act 2014

Goods and Services Tax Act 2014 s 165

Goods and Services Tax Act 2014 s 165

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 165 Persons bound to produce goods or give information, etc.

(1) Every person having information about any matter into which it is the duty of an officer of goods and services tax to inquire shall, upon being required by him to do so, give the information. (2) Every person required by an officer of goods and services tax to produce any goods, document, article or thing which is within the power of the person to produce, and which are goods, document, article or thing required under this Act or goods, document, article or thing used in any transaction or other matter relating to tax or goods, document, article or thing into which it is the duty of the officer of goods and services tax to enquire under this Act, shall produce the goods, document, article or thing. (3) Where any information, goods, document, article or thing are not in the national language or English language, the Director General or any officer of goods and services tax may by notice in writing require the supplier or, on the supplier’s default, any other person, to produce, within a reasonable period, a translation thereof in the national language or English language as the Director General or the officer may determine. (4) Any person who contravenes this section commits an offence.

Malay text (authoritative)

Orang yang terikat untuk mengemukakan barang atau memberikan maklumat, dsb.

(1) Tiap-tiap orang yang mempunyai maklumat tentang apa-apa perkara yang menjadi kewajipan seorang pegawai cukai barang dan perkhidmatan untuk menyiasat hendaklah, apabila dikehendaki olehnya untuk berbuat demikian, memberikan maklumat itu. (2) Tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh seorang pegawai cukai barang dan perkhidmatan untuk mengemukakan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda yang berada dalam kuasa orang itu untuk mengemukakan, dan yang merupakan barang, dokumen, artikel atau benda yang dikehendaki di bawah Akta ini atau barang, dokumen, artikel atau benda yang digunakan dalam apa-apa transaksi atau perkara lain yang berhubungan dengan cukai atau barang, dokumen, artikel atau benda yang menjadi kewajipan pegawai cukai barang dan perkhidmatan untuk menyiasat di bawah Akta ini, hendaklah mengemukakan barang, dokumen, artikel atau benda itu. (3) Jika apa-apa maklumat, barang, dokumen, artikel atau benda bukan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan boleh melalui notis secara bertulis menghendaki pembekal atau, atas keingkaran pembekal, mana-mana orang lain, untuk mengemukakan, dalam tempoh yang munasabah, suatu terjemahan mengenainya dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah atau pegawai itu. (4) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Read this section in the full act → · Open Part XVI →

Find Act 762 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next