This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.
s 41 Furnishing of returns and payment of tax
(1) Every taxable person shall, in respect of his taxable period, account for the tax in a return as may be prescribed and the return shall be furnished to the Director General in the prescribed manner not later than the last day of the month following after the end of his taxable period to which the return relates.
(2) Where a taxable period has been varied under subsection 40(5) and notwithstanding subsection (1), the return shall be furnished not later than the last day of the thirty days from the end of the varied taxable period.
(3) Any person who—
(a) ceases to be liable to be registered under section 20; or
(b) ceases to be registered under section 24,
shall, not later than thirty days after so ceasing or such later date as the Director General may allow, furnish a return containing particulars as the Director General may determine in respect of that part of the last taxable period during which the person was registered.
(4) Any taxable person who is required to furnish a return under this section shall pay to the Director General the amount of tax due and payable by him in respect of the taxable period to which the return relates not later than the last day on which he is required to furnish the return.
(5) The return referred to in subsections (1), (2) and (3) shall be furnished whether or not there is tax to be paid.
(6) Any person who fails to furnish the return as required under subsection (1), (2) or (3) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
(7) Any person who fails to pay to the Director General the amount of tax due and payable under subsection (4) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
Malay text (authoritative)
Pengemukaan penyata dan pembayaran cukai
(1) Tiap-tiap orang kena cukai hendaklah, berkenaan dengan tempoh bercukainya, mengakaunkan cukai dalam penyata sebagaimana yang ditetapkan dan penyata itu hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah mengikut cara yang ditetapkan tidak lewat daripada hari terakhir bulan berikutnya selepas berakhirnya tempoh bercukai orang kena cukai itu yang berhubungan dengan penyata itu.
(2) Jika tempoh bercukai telah diubah di bawah subseksyen 40(5) dan walau apa pun subseksyen (1), penyata itu hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada hari terakhir dalam tempoh tiga puluh hari dari berakhirnya tempoh bercukai yang berubah itu.
(3) Mana-mana orang yang—
(a) terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 20; atau
(b) terhenti untuk berdaftar di bawah seksyen 24,
hendaklah, tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas terhenti sedemikian atau apa-apa tarikh kemudian sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, mengemukakan suatu penyata yang mengandungi butir-butir yang ditentukan oleh Ketua Pengarah berkenaan dengan bahagian tempoh bercukai yang terakhir itu yang dalamnya orang itu berdaftar.
(4) Mana-mana orang kena cukai yang dikehendaki untuk mengemukakan suatu penyata di bawah seksyen ini hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah amaun cukai yang genap masa dan kena dibayar olehnya berkenaan dengan tempoh bercukai yang berhubungan dengan penyata itu tidak lewat daripada hari terakhir yang dia dikehendaki untuk mengemukakan penyata itu.
(5) Penyata yang disebut dalam subseksyen (1), (2) dan (3) hendaklah dikemukakan sama ada terdapat cukai yang kena dibayar atau tidak.
(6) Mana-mana orang yang gagal mengemukakan penyata sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(7) Mana-mana orang yang gagal membayar kepada Ketua Pengarah amaun cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).