My bookmarksSign up free
← Goods and Services Tax Act 2014

Goods and Services Tax Act 2014 s 5

Goods and Services Tax Act 2014 s 5

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 5 Director General and other officers and their responsibilities

(1) The Director General shall have the superintendence of all matters relating to goods and services tax, subject to the direction and control of the Minister. (2) Subject to the general direction and supervision of the Director General, a senior officer of goods and services tax shall have and exercise all powers conferred on the Director General under this Act other than those conferred by sections 8, 62, 76, 77, 172 and 173. (3) Any person other than an officer of customs may be appointed by or employed with the concurrence of the Director General for any duty or service relating to goods and services tax and the person shall be deemed to be an officer of goods and services tax. (4) The Director General may, by authorization in writing, confer on any officer of goods and services tax not being a senior officer of goods and services tax all or any of the powers of a senior officer of goods and services tax for a period not exceeding ninety days in respect of any one authorization. (5) Any officer of goods and services tax shall have the duties and powers to enforce and ensure due compliance with the provisions of this Act.

Malay text (authoritative)

Ketua Pengarah dan pegawai lain dan tanggungjawab mereka

(1) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai pengawasan ke atas semua perkara yang berhubungan dengan cukai barang dan perkhidmatan, tertakluk kepada arahan dan kawalan Menteri. (2) Tertakluk kepada arahan dan penyeliaan am Ketua Pengarah, seorang pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan hendaklah mempunyai dan menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah di bawah Akta ini selain yang diberikan oleh seksyen 8, 62, 76, 77, 172 dan 173. (3) Mana-mana orang selain pegawai kastam boleh dilantik oleh atau diambil kerja dengan persetujuan Ketua Pengarah bagi apa-apa tugas atau perkhidmatan yang berhubungan dengan cukai barang dan perkhidmatan dan orang itu hendaklah disifatkan sebagai pegawai cukai barang dan perkhidmatan. (4) Ketua Pengarah boleh, melalui pemberikuasaan secara bertulis, memberi mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan yang bukan pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan semua atau mana-mana kuasa pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi sembilan puluh hari berkenaan dengan mana-mana satu pemberikuasaan. (5) Mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan hendaklah mempunyai kewajipan dan kuasa untuk menguatkuasakan dan memastikan pematuhan sewajarnya peruntukan Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 762 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next