Goods and Services Tax Act 2014 s 6
This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.
s 6 Recognition of office
(1) Every officer of goods and services tax when discharging his duties shall, on demand made by any person, declare his office and produce to the person the authority card or badge prescribed under section 8a of the Customs Act 1967 or in the case of any officer of goods and services tax not being an officer of customs, any other authority card as may be approved by the Director General.
(2) It shall not be an offence for any person to refuse to comply with any request, demand or order made by any officer of goods and services tax acting or purporting to act under this Act if the officer refuses to declare his office and produce his authority card or badge on demand being made by the person.
(3) Any person, not being an officer of goods and services tax, who unlawfully wears, uses, possesses or displays, otherwise than in the course of a stage play or other theatrical performance, any prescribed uniform, badge or authority card referred to in subsection (1), or any dress having the appearance of or bearing the distinctive marks of such uniform commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
Malay text (authoritative)
Pengiktirafan jawatan
(1) Tiap-tiap pegawai cukai barang dan perkhidmatan apabila melaksanakan kewajipannya hendaklah, apabila diminta oleh mana-mana orang, mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kad kuasa atau lencana yang ditetapkan di bawah seksyen 8a Akta Kastam 1967 kepada orang itu atau dalam hal mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan yang bukan pegawai kastam, apa-apa kad kuasa lain sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.
(2) Tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang enggan untuk mematuhi apa-apa permintaan, tuntutan atau perintah yang dibuat oleh mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan yang bertindak atau yang berupa sebagai bertindak di bawah Akta ini jika pegawai itu enggan untuk mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kad kuasa atau lencananya apabila diminta berbuat demikian oleh orang itu.
(3) Mana-mana orang, yang bukan pegawai cukai barang dan perkhidmatan, yang secara tidak sah di sisi undang-undang memakai, menggunakan, memiliki atau mempamerkan, melainkan semasa suatu pertunjukan pentas atau persembahan teater, apaapa pakaian seragam, lencana atau kad kuasa yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen (1), atau apa-apa pakaian yang kelihatan seperti atau mempunyai tanda yang tersendiri akan pakaian seragam sedemikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Read this section in the full act → · Open Part II →
Find Act 762 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).