My bookmarksSign up free
← Goods and Services Tax Act 2014

Goods and Services Tax Act 2014 s 89

Goods and Services Tax Act 2014 s 89

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 89 Penalty for evasion of tax, fraud

(1) Any person who with intent to evade or to assist any other person to evade tax— (a) omits from a return any information in relation to any matter affecting the amount of his or the other person’s chargeability to tax; (b) makes any false statement or entry in any return; (c) gives any false answer whether in writing or otherwise to any question asked or request for information made in accordance with the provisions of this Act; (d) prepares or maintains or authorizes the preparation or maintenance of any false books of account, false invoices or other false records, or falsifies or authorizes the falsification of any books of accounts, invoices or records; or (e) makes, uses or authorizes the use of any fraud, artifice or contrivance, commits an offence and shall, on conviction, be liable— (a) for the first offence, to a fine of not less than ten times and not more than twenty times the amount of tax or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both; and (b) for a second or subsequent offence, to a fine of not less than twenty times and not more than forty times the amount of tax or to imprisonment for a term not exceeding seven years or to both: Provided that where the amount of tax cannot be ascertained, the person shall be liable to a fine of not less than fifty thousand ringgit and not more than five hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding seven years or to both. (2) Any person who assists in, or advises with respect to, the preparation of any return where the return results in an understatement of the liability for tax of another person shall, unless he satisfies the court that the assistance or advice was given with reasonable care, commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine of not less than two thousand ringgit and not more than twenty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both. (3) Any reference in this section in relation to a person who makes, uses or authorizes the use of any fraud, artifice or contrivance includes a reference to a person who, without the authority of the officer of goods and services tax— (a) destroys, damages, erases, alters or manipulates data stored in, or used in connection with, a computer; or (b) introduces into, or records or stores in, a computer by any means data for the purpose of— (i) destroying, damaging, erasing, altering or manipulating data stored in, or used in connection with, a computer; or (ii) interfering with, interrupting or obstructing the lawful use of the computer, or the data stored in, or used in connection with, a computer; or (c) otherwise uses a computer, the purpose or effect of which is to evade tax. (4) For the purposes of subsection (3), “data” includes any computer programme or part of a computer programme. (5) Any reference in this section relating to evading tax includes a reference to obtaining any of the following: (a) credit for input tax against output tax under section 38; (b) relief for bad debt under section 58; and (c) claim under the Tourist Refund Scheme under section 61, where the person concerned is not entitled to the credit, relief or claim. (6) In any prosecution under this section or section 95, any evasion of tax shall be deemed to be with the knowledge of the accused unless the contrary be proved by the accused.

Malay text (authoritative)

Penalti bagi pengelakan cukai, fraud

(1) Mana-mana orang yang dengan niat untuk mengelak atau membantu mana-mana orang lain untuk mengelak cukai— (a) meninggalkan daripada suatu penyata apa-apa maklumat berhubung dengan apa-apa perkara yang menjejaskan amaun cukai yang boleh dikenakan ke atasnya atau orang lain itu; (b) membuat apa-apa pernyataan atau catatan palsu dalam mana-mana penyata; (c) memberikan apa-apa jawapan palsu sama ada secara bertulis atau selainnya kepada apa-apa soalan yang ditanyakan atau permintaan untuk maklumat yang dibuat mengikut peruntukan Akta ini; (d) menyedia atau menyenggarakan atau membenarkan penyediaan atau penyenggaraan apa-apa buku akaun palsu, invois palsu atau rekod palsu yang lain, atau memalsukan atau membenarkan pemalsuan apa-apa buku akaun, invois atau rekod; atau (e) membuat, menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa fraud, tipu daya atau helah, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan— (a) bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda amaun cukai atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan (b) bagi kesalahan kedua atau kesalahan yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada dua puluh kali ganda dan tidak lebih daripada empat puluh kali ganda amaun cukai atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya: Dengan syarat bahawa jika amaun cukai tidak boleh ditentukan, orang itu boleh didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya. (2) Mana-mana orang yang membantu dalam, atau menasihati berkenaan dengan, penyediaan apa-apa penyata jika penyata itu mengakibatkan suatu pengurangnyataan terhadap tanggungan cukai orang lain hendaklah, melainkan jika orang itu memuaskan hati mahkamah bahawa bantuan atau nasihat itu telah diberikan dengan penelitian yang munasabah, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (3) Apa-apa sebutan dalam seksyen ini berhubung dengan seseorang yang membuat, menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa fraud, tipu daya atau helah termasuklah sebutan mengenai seseorang yang, tanpa kuasa pegawai cukai barang dan perkhidmatan— (a) memusnahkan, merosakkan, memadamkan, meminda atau memanipulasi data yang disimpan di dalam, atau yang digunakan berkaitan dengan, suatu komputer; atau (b) memasukkan ke dalam, atau merekodkan atau menyimpan di dalam, suatu komputer dengan apa-apa cara data bagi maksud— (i) memusnahkan, merosakkan, memadamkan, memindakan atau memanipulasi data yang tersimpan di dalam, atau digunakan berkaitan dengan, suatu komputer; atau (ii) mengusik, mengganggu, atau menghalang penggunaan secara sah komputer itu, atau data yang disimpan di dalamnya, atau digunakan berkaitan dengan, suatu komputer; atau (c) selainnya menggunakan komputer, yang maksud atau kesannya adalah untuk mengelak cukai. (4) Bagi maksud subseksyen (3), “data” termasuklah apa-apa program komputer atau bahagian daripada suatu program komputer. (5) Apa-apa sebutan dalam seksyen ini yang berhubungan dengan pengelakan cukai termasuklah suatu sebutan untuk memperoleh mana-mana daripada yang berikut: (a) kredit bagi cukai input terhadap cukai output di bawah seksyen 38; (b) pelepasan bagi hutang lapuk di bawah seksyen 58; dan (c) tuntutan di bawah Skim Bayar Balik Pelancong di bawah seksyen 61, jika orang berkenaan itu tidak berhak untuk kredit, pelepasan atau tuntutan itu. (6) Dalam apa-apa pendakwaan di bawah seksyen ini atau seksyen 95, apa-apa pengelakan cukai hendaklah disifatkan berada dalam pengetahuan tertuduh melainkan jika dibuktikan sebaliknya oleh tertuduh itu.

Read this section in the full act → · Open Part XI →

Find Act 762 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next