This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.
s 93 Penalty for refusing to answer question or giving false information
(1) Any person who, being required under this Act to give any information which may reasonably be required by the officer of goods and services tax which it is in his power to give, refuses to give the information or furnishes as true the information which he knows or has reason to believe to be false commits an offence.
(2) When any of the information is proved to be untrue or incorrect in whole or in part it shall be no defence to allege that the information or any part of the information was furnished inadvertently or without criminal or fraudulent intent, or was misinterpreted or not fully interpreted by an interpreter provided by the informant.
Malay text (authoritative)
Penalti bagi keengganan untuk menjawab soalan atau memberikan maklumat palsu
(1) Mana-mana orang, yang dikehendaki di bawah Akta ini untuk memberikan apa-apa maklumat yang dengan munasabah dikehendaki oleh pegawai cukai barang dan perkhidmatan yang adalah dalam kuasanya untuk memberi, enggan untuk memberikan maklumat itu atau mengemukakan sebagai benar maklumat yang diketahuinya atau dia mempunyai sebab untuk mempercayai sebagai palsu melakukan suatu kesalahan.
(2) Apabila apa-apa maklumat dibuktikan sebagai tidak benar atau tidak betul pada keseluruhannya atau sebahagiannya tidaklah menjadi suatu pembelaan untuk mengatakan bahawa maklumat itu atau mana-mana bahagian maklumat itu telah dikemukakan dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud, atau disalahtafsirkan atau tidak ditafsirkan sepenuhnya oleh seorang jurubahasa yang disediakan oleh pemberi maklumat itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).