My bookmarksSign up free
← Yayasan Guru Tun Hussein Onn Act 2014

Yayasan Guru Tun Hussein Onn Act 2014 s 18

Yayasan Guru Tun Hussein Onn Act 2014 s 18

s 18 Disclosure of interest

(1) For the purposes of this section— “a member of his family”, in relation to a member of the Board or a committee, includes— (a) his spouse; (b) his parent (including a parent of his spouse); (c) his child (including step child or legally adopted child); (d) his brother or sister (including a brother or sister of his spouse); and (e) a spouse of his child, brother or sister; “associate”, in relation to a member of the Board or a committee, means— (a) a person who is a nominee or an employee of the member; (b) a firm of which the member or any nominee of his is a partner; (c) a partner of the member; (d) a trustee of a trust under which the member or a member of his family is a beneficiary; or (e) any corporation within the meaning of the Companies Act 1965, of which the member or any nominee of his or a member of the member’s family is a director or has a substantial shareholding in the corporation. (2) A member of the Board or any committee established under section 17 who has or acquires a direct or indirect interest whether by himself, a member of his family or his associate in relation to any matter under discussion by the Board or the committee shall disclose to the Board or the committee, as the case may be, the fact of his interest and the nature of that interest. (3) A disclosure under subsection (2) shall be recorded in the minutes of the meeting of the Board or the committee, as the case may be, in which the matter is discussed and, after the disclosure, the member— (a) shall not be present or take part in any discussion or decision of the Board or the committee, as the case may be, about the matter; and (b) shall be disregarded for the purpose of constituting a quorum of the Board or the committee, as the case may be, when the matter is discussed or decided upon. (4) A member of the Board or the committee who fails to disclose his interest as required under subsection (2) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both. (5) No act or proceedings of the Board or the committee shall be invalidated on the ground that any member of the Board or committee has contravened this section.

Malay text (authoritative)

Penzahiran kepentingan

(1) Bagi maksud seksyen ini— “anggota keluarganya”, berhubungan dengan seseorang anggota Lembaga atau jawatankuasa, termasuklah— (a) suami atau isterinya; (b) ibu atau bapanya (termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya); (c) anaknya (termasuk anak tiri atau anak angkat yang sah di sisi undang-undang); (d) adik-beradiknya (termasuk adik-beradik suami atau isterinya); dan (e) suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; “sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Lembaga atau jawatankuasa, ertinya— (a) orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu; (b) firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya; (c) pekongsi anggota itu; (d) pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seorang anggota keluarganya adalah seorang benefisiari; atau (e) mana-mana perbadanan mengikut pengertian Akta Syarikat 1965, yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya adalah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu. (2) Seseorang anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 17 yang mempunyai atau memperoleh suatu kepentingan langsung atau tidak langsung sama ada dengan sendiri, menerusi anggota keluarganya atau menerusi sekutunya berhubung dengan apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga atau jawatankuasa itu hendaklah menzahirkan kepada Lembaga atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hakikat kepentingannya dan jenis kepentingan itu. (3) Penzahiran di bawah subseksyen (2) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu— (a) tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Lembaga atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan (b) tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum Lembaga atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan. (4) Seseorang anggota Lembaga atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (5) Tiada tindakan atau prosiding Lembaga atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 763 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next