My bookmarksSign up free
← Yayasan Guru Tun Hussein Onn Act 2014

Yayasan Guru Tun Hussein Onn Act 2014 s 19

Yayasan Guru Tun Hussein Onn Act 2014 s 19

s 19 Chief Executive Officer

(1) The Chief Executive Officer shall be appointed by the Board, with the approval of the Minister, on such conditions as the Board thinks desirable. (2) The Chief Executive Officer shall be a person with experience and knowledge in financial matters. (3) The Chief Executive Officer shall be paid such remuneration and allowances as may be determined by the Yayasan. (4) The Board shall vest in the Chief Executive Officer such powers and impose upon him such duties as may be determined by the Yayasan. (5) The Chief Executive Officer shall be responsible for the overall administration and management of the functions and the day-to-day affairs of the Yayasan. (6) The Chief Executive Officer shall have general control of the employees of the Yayasan. (7) The Chief Executive Officer shall perform such other duties as the Yayasan may direct from time to time. (8) In discharging his duties, the Chief Executive Officer shall act under the authority and general direction of the Yayasan.

Malay text (authoritative)

Ketua Pegawai Eksekutif

(1) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah dilantik oleh Lembaga, dengan kelulusan Menteri, atas apa-apa syarat yang Lembaga fikirkan wajar. (2) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah orang yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam hal kewangan. (3) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Yayasan. (4) Lembaga hendaklah meletakhakkan pada Ketua Pegawai Eksekutif apa-apa kuasa dan mengenakan apa-apa kewajipan ke atasnya sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Yayasan. (5) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal hari ke hari Yayasan pada keseluruhannya. (6) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pekerja Yayasan. (7) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain yang diarahkan oleh Yayasan dari semasa ke semasa. (8) Dalam melaksanakan kewajipannya, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Yayasan.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 763 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next