(1) The Yayasan shall have the power to do all things necessary or expedient for or in connection with the performance of its functions.
(2) Without prejudice to the generality of subsection (1), the powers of the Yayasan shall include power—
(a) to make investment in the company established by the Yayasan for the purpose of generating the income of the Yayasan and receiving of returns on investments from the company;
(b) to accept contribution given to the Yayasan in the form of token, donation, endowment, gift or bequest;
(c) to enter into any negotiations, agreements or arrangements that the Yayasan thinks fit in performing its functions;
(d) to grant loans, financing and scholarships to a teacher or the teacher’s child in accordance with the procedures as may be determined by the Yayasan;
(e) to formulate and implement a human resource development programme or any activities that the Yayasan thinks necessary for the development and improvement of the teaching profession;
(f) to allocate grants to any party to carry out research in enhancing the quality of the national education;
(g) to co-operate with any society, corporate body or government agencies for the purpose of performing its functions;
(h) to impose fees or charges for the services provided by the Yayasan;
(i) to grant loans, scholarships and advances to its employees; and
(j) to do anything incidental to any of its functions and powers.
Malay text (authoritative)
Kuasa Yayasan
(1) Yayasan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Yayasan hendaklah termasuk kuasa—
(a) untuk membuat pelaburan dalam syarikat yang ditubuhkan oleh Yayasan bagi maksud menjana pendapatan Yayasan dan menerima pulangan pelaburan syarikat;
(b) untuk menerima sumbangan yang diberikan kepada Yayasan dalam bentuk pemberian, derma, endowmen, hadiah atau bekues;
(c) untuk membuat apa-apa rundingan, perjanjian atau perkiraan yang Yayasan fikirkan patut dalam melaksanakan fungsinya;
(d) untuk memberikan pinjaman, pembiayaan dan biasiswa kepada guru atau anak guru mengikut tatacara sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Yayasan;
(e) untuk merumuskan dan melaksanakan program pembangunan sumber manusia atau apa-apa aktiviti yang Yayasan fikirkan perlu bagi membangun dan memajukan profesion perguruan;
(f) untuk menyediakan geran kepada mana-mana pihak bagi menjalankan penyelidikan dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara;
(g) untuk bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan, perbadanan atau agensi kerajaan bagi maksud melaksanakan fungsinya;
(h) untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Yayasan;
(i) untuk memberikan pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan kepada pekerjanya; dan
(j) untuk melakukan apa-apa jua perkara yang bersampingan dengan mana-mana fungsi dan kuasanya.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).