My bookmarksSign up free
← Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015

Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015 s 9

Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015 s 9

s 9 Functions of Administrator

(1) The Administrator shall have the following functions: (a) to carry out the business and operations (including the restructuring of such operations) of the Administered Companies; (b) to take into his custody or under his control the property, liabilities, businesses and affairs of the Administered Companies and all the property to which the Administered Companies are or appear to be entitled; (c) to manage the property, business, liabilities and affairs of the Administered Companies in the name and on behalf of the Administered Companies, including the disposal of property and liabilities; (d) to assume control and exercise all powers conferred on the directors under the Companies Act 1965 or by the constitution of the Administered Companies, and the powers of the directors of the Administered Companies shall then cease except in so far as the Administrator may permit; (e) to make any arrangement or compromise on behalf of the Administered Companies with their creditors or any class of them or between the specified subsidiary companies and their members or any class of them or between the Administered Companies and their debtors or any class of them; and (f) to perform any function that the Administered Companies or any of their officers could perform or exercise if the Administrator had not been appointed. (2) Nothing in paragraph (1)(d) shall require the Administrator to call any meetings of the Administered Companies.

Malay text (authoritative)

Fungsi Pentadbir

(1) Pentadbir hendaklah mempunyai fungsi yang berikut: (a) untuk menjalankan perniagaan dan pengendalian (termasuk menstrukturkan semula pengendalian itu) Syarikat yang Ditadbir; (b) untuk mengambil ke dalam jagaannya atau di bawah kawalannya harta, tanggungan, perniagaan dan hal ehwal Syarikat yang Ditadbir dan semua harta yang Syarikat yang Ditadbir berhak atau tampak berhak kepadanya; (c) untuk menguruskan harta, tanggungan, perniagaan dan hal ehwal Syarikat yang Ditadbir atas nama dan bagi pihak Syarikat yang Ditadbir, termasuk pelupusan harta dan tanggungan; (d) untuk mengambil alih kawalan dan menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada pengarah di bawah Akta Syarikat 1965 atau melalui perlembagaan Syarikat yang Ditadbir, dan kuasa pengarah Syarikat yang Ditadbir hendaklah selepas itu terhenti kecuali setakat yang dibenarkan oleh Pentadbir; (e) untuk membuat apa-apa perkiraan atau kompromi bagi pihak Syarikat yang Ditadbir dengan pemiutangnya atau mana-mana kelas pemiutangnya atau antara syarikat subsidiari yang dinyatakan dengan anggotanya atau mana-mana kelas anggotanya atau antara Syarikat yang Ditadbir dengan penghutangnya atau mana-mana kelas penghutangnya; dan (f) untuk melaksanakan apa-apa fungsi yang boleh dilaksanakan atau dijalankan oleh Syarikat yang Ditadbir atau mana-mana pegawai Syarikat yang Ditadbir jika Pentadbir tidak dilantik. (2) Tiada apa-apa dalam perenggan (1)(d) boleh menghendaki Pentadbir untuk memanggil apa-apa mesyuarat Syarikat yang Ditadbir.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part II β†’

Find Act 765 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next