LawPlayer
My bookmarks
← Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015

Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015 s 10

Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015 s 10

Act no.
Act 765
Type
Act
Data synced
23 September 2026
Cite as
Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015 [Act 765], s 10

s 10 Powers of Administrator

In performing his functions under section 9, the Administrator shall have the following powers: (a) to carry on the business of the Administered Companies; (b) to do all things (including the carrying out of works) as may be necessary for the management, realization and preservation of the property, undertakings and affairs of the Administered Companies; (c) to appoint any person as a director of any of the Administered Companies, whether to fill a vacancy or otherwise, and to remove or suspend from office any director of the Administered Companies notwithstanding the Memorandum and Articles of Association or any other law; (d) to take possession of the property of the Administered Companies and for that purpose, to take such proceedings as may seem to him expedient; (e) to sell or otherwise dispose of all or part of the property, business, undertaking or property of the Administered Companies by public auction or private contract; (f) to raise or borrow money and grant security over the property of the Administered Companies for the raising or borrowing of such money; (g) to appoint a solicitor or an accountant, or other professionally qualified person to assist him in the performance of his functions; (h) to bring or defend any action or other legal proceedings in the name and on behalf of the Administered Companies; (i) to refer to arbitration any question affecting the Administered Companies; (j) to effect and maintain insurances in respect of the property of the Administered Companies; (k) t o u s e t h e c o m m o n s e a l o f t h e A d m i n i s t e r e d Companies; (l) to do all acts and to execute in the name and on behalf of the Administered Companies any deed, receipt or other document; (m) to draw, accept, make and endorse any bill of exchange or promissory note in the name and on behalf of the Administered Companies; (n) to employ or terminate employees, and to determine the compensation payable to such dismissed employees; (o) to transfer any property, business, liabilities and affairs of the Administered Companies to the Malaysia Airlines Berhad or any of the Malaysia Airlines Berhad’s subsidiary companies; (p) to purchase the shares, property and equipment of any company, in which the Administered Companies are existing shareholders, that supplies goods or services or both which are essential to ensure the uninterrupted continuation of the business vested or to be vested in the Malaysia Airlines Berhad pursuant to Part V; (q) to grant or accept a surrender of a lease or tenancy of the property of the Administered Companies, and to take a lease or tenancy of any property required or convenient for the property of the Administered Companies; (r) to call up any uncalled capital of the Administered Companies, alter or reduce all or part of the share capital of the Administered Companies; (s) to rank and claim in the bankruptcy, insolvency or liquidation of any person indebted to the Administered Companies and to receive dividends, and to accede to trust deeds for the creditors of any such person; (t) to present or defend a petition for the winding up of the Administered Companies; (u) to change the location of any of the Administered Companies’ registered offices; (v) to appoint any agent to do any business which the Administrator is unable to do himself or which can more conveniently be done by an agent; (w) to make any payment which is necessary or incidental to the performance of his functions; and (x) to do all other things incidental to the performance of the Administrator’s functions.

Malay text (authoritative)

Kuasa Pentadbir

Dalam melaksanakan fungsinya di bawah seksyen 9, Pentadbir hendaklah mempunyai kuasa yang berikut: (a) untuk menjalankan perniagaan Syarikat yang Ditadbir; (b) untuk melakukan semua benda (termasuk melaksanakan kerja) sebagaimana yang perlu untuk menguruskan, merealisasikan dan memelihara harta, usaha dan hal ehwal Syarikat yang Ditadbir; (c) untuk melantik mana-mana orang sebagai pengarah mana-mana Syarikat yang Ditadbir, sama ada untuk mengisi kekosongan atau selainnya, dan untuk menyingkirkan atau menggantung mana-mana pengarah Syarikat yang Ditadbir daripada jawatan walau apa pun Memorandum dan Artikel Persatuan atau mana-mana undang-undang yang lain; (d) untuk mengambil milikan harta Syarikat yang Ditadbir dan bagi maksud itu, untuk mengambil apa-apa prosiding yang difikirkannya suai manfaat; (e) untuk menjual atau selainnya melupuskan semua atau sebahagian daripada harta, perniagaan, usaha atau harta Syarikat yang Ditadbir melalui lelongan awam atau kontrak persendirian; (f) untuk mendapatkan atau meminjam wang dan mencagarkan harta Syarikat yang Ditadbir bagi pemerdapatan atau peminjaman wang itu; (g) untuk melantik seorang peguam cara atau akauntan, atau seorang berkelayakan profesional yang lain untuk membantunya dalam pelaksanaan fungsinya; (h) untuk membawa atau membela apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang yang lain atas nama dan bagi pihak Syarikat yang Ditadbir; (i) untuk merujuk kepada suatu timbang tara apa-apa persoalan yang menyentuh Syarikat yang Ditadbir; (j) untuk mengambil dan mengekalkan insurans berkenaan dengan harta Syarikat yang Ditadbir; (k) untuk menggunakan meterai perbadanan Syarikat yang Ditadbir; (l) untuk melakukan semua perbuatan dan untuk menyempurnakan atas nama dan bagi pihak Syarikat yang Ditadbir apa-apa surat ikatan, resit atau dokumen lain; (m) untuk mengeluarkan, menerima, membuat dan mengendors apa-apa bil pertukaran atau nota janji hutang atas nama dan bagi pihak Syarikat yang Ditadbir; (n) untuk mengambil kerja atau memecat pekerja, dan untuk menentukan pampasan yang kena dibayar kepada pekerja yang dipecat itu; (o) untuk memindahkan mana-mana harta, perniagaan, tanggungan dan hal ehwal Syarikat yang Ditadbir kepada Malaysia Airlines Berhad atau mana-mana syarikat subsidiari Malaysia Airlines Berhad; (p) untuk membeli syer, harta dan kelengkapan mana-mana syarikat, yang Syarikat yang Ditadbir merupakan pemegang syer yang sedia ada dalamnya, yang membekalkan barangan atau perkhidmatan atau kedua-duanya yang penting untuk memastikan perniagaan yang terletak hak atau akan terletak hak pada Malaysia Airlines Berhad menurut Bahagian V diteruskan tanpa gangguan; (q) untuk memberikan atau menerima penyerahan balik suatu pajakan atau sewaan harta Syarikat yang Ditadbir, dan untuk mengambil suatu pajakan atau sewaan apa-apa harta yang dikehendaki atau sesuai bagi Syarikat yang Ditadbir; (r) untuk membuat panggilan ke atas mana-mana modal yang belum dipanggil bagi Syarikat yang Ditadbir, mengubah atau mengurangkan semua atau sebahagian daripada modal syer Syarikat yang Ditadbir; (s) untuk memberi taraf dan menuntut dalam kebankrapan, ketidaksolvenan atau penyelesaian mana-mana orang yang berhutang dengan Syarikat yang Ditadbir dan untuk menerima dividen, dan untuk menyertai surat ikatan amanah bagi pemiutang mana-mana orang itu; (t) untuk mengemukakan atau membela suatu petisyen untuk penggulungan Syarikat yang Ditadbir; (u) untuk menukar lokasi mana-mana pejabat berdaftar Syarikat yang Ditadbir; (v) untuk melantik mana-mana ejen untuk membuat apa-apa urusan yang tidak dapat dibuat oleh Pentadbir sendiri atau yang boleh dibuat dengan lebih mudah oleh seorang ejen; (w) untuk membuat apa-apa pembayaran yang perlu atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya; dan (x) untuk melakukan segala benda lain yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsi Pentadbir.

Read this section in the full act → · Open Part II →

DATA NOTES

About the data

Source

This page

Law
Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015, s 10 is headed “Powers of Administrator” and is a provision of Malaysian federal legislation.
Text
The text of Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015, s 10 begins “In performing his functions under section 9, the Administrator shall have the following powers: (a) to carry on the business of the…”.
Location
Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015, s 10 is placed under “Part II: ADMINISTRATION”.
Previous
On LawPlayer, the provision listed immediately before Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015, s 10 is s 9.
Next
On LawPlayer, the provision listed immediately after Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015, s 10 is s 11.
Synced
LawPlayer last synced the text of Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015 from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) on 23 September 2026.
Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015, s 10 is reproduced on LawPlayer from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers).

Source

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).Laws of Malaysia (AGC)

About

LawPlayer is a privately run legal research website for reading Malaysian federal Acts section by section, built for lawyers, in-house counsel and students who need to check the statutory text quickly.Malaysian law entry

What to look at next