(1) The Board shall convene its meetings at least twice in a year at such time and place as the Chairman may determine.
(2) All meetings of the Board shall be presided by the Chairman or, in the absence of the Chairman, the Deputy Chairman.
(3) The quorum of the meeting of the Board shall be five and shall consist of at least—
(a) t w o m e m b e r s o f t h e B o a r d a p p o i n t e d u n d e r paragraphs 8(1)(b), (c) or (e), not including the Deputy Chairman if the meeting is presided by the Deputy Chairman; and
(b) o n e m e m b e r o f t h e B o a r d a p p o i n t e d u n d e r paragraph 8(1)(f).
(4) The decisions of the Board shall be adopted by a simple majority of votes of the members present and voting, and in the case of an equality of votes, the Chairman shall have a casting vote in addition to his deliberative vote.
(5) Any minutes of meetings of the Board shall, if duly signed by the Chairman, be admissible as evidence of the facts stated therein in any legal proceedings and every meeting in respect of which minutes have been so made shall be deemed to have been duly convened and held and all members thereat to have been duly qualified to act.
(6) The Board shall cause minutes of all its meetings to be maintained and kept in a proper form.
(7) A resolution is taken to have been passed—
(a) at a meeting of the Board, if all members of the Board have been informed of the proposed resolution, or reasonable efforts have been made to inform all members of the Board of the proposed resolution; or
(b) without meeting, if all members of the Board indicate agreement with the resolution in accordance with the method determined by the Board.
(8) Subsection (7) applies only if the Board—
(a) decides that the subsection applies; and
(b) decides the method by which members of the Board are to indicate agreement with the resolution.
(9) The Board may determine its own procedure.
Malay text (authoritative)
Mesyuarat dan tatacara Lembaga
(1) L e m b a g a h e n d a k l a h m e n g a d a k a n m e s y u a r a t n y a sekurang-kurangnya dua kali setahun pada masa dan di tempat yang ditentukan oleh Pengerusi.
(2) Semua mesyuarat Lembaga hendaklah dipengerusikan oleh Pengerusi atau, semasa ketiadaan Pengerusi, Timbalan Pengerusi.
(3) Kuorum mesyuarat Lembaga ialah lima orang dan hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya—
(a) dua orang anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 8(1)(b), (c) atau (e), tidak termasuk Timbalan Pengerusi sekiranya mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi; dan
(b) seorang anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 8(1)(f).
(4) Keputusan Lembaga hendaklah diterima pakai melalui undi majoriti mudah anggota yang hadir dan mengundi, dan dalam hal bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
(5) Apa-apa minit mesyuarat Lembaga hendaklah, jika ditandatangani sewajarnya oleh Pengerusi, diterima sebagai keterangan mengenai fakta yang dinyatakan dalam minit itu dalam mana-mana prosiding undang-undang dan tiap-tiap mesyuarat yang minitnya telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
(6) Lembaga hendaklah menyebabkan supaya minit semua mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
(7) Sesuatu ketetapan dikira sebagai telah diluluskan—
(a) pada sesuatu mesyuarat Lembaga, sekiranya semua anggota Lembaga telah dimaklumkan mengenai ketetapan yang dicadangkan itu, atau usaha yang munasabah telah dibuat untuk memaklumkan semua anggota Lembaga mengenai ketetapan yang dicadangkan itu; atau
(b) tanpa bermesyuarat, sekiranya semua anggota Lembaga menandakan persetujuan dengan ketetapan itu mengikut kaedah yang ditentukan oleh Lembaga.
(8) Subseksyen (7) terpakai hanya jika Lembaga—
(a) memutuskan bahawa subseksyen itu terpakai; dan
(b) memutuskan kaedah yang dengannya anggota Lembaga boleh menandakan persetujuan dengan ketetapan itu.
(9) Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).