My bookmarksSign up free
← Public Sector Home Financing Board Act 2015

Public Sector Home Financing Board Act 2015 s 13

Public Sector Home Financing Board Act 2015 s 13

s 13 Committees

(1) The Board may establish any committee as the Board considers necessary or expedient to assist the Board in the performance of its functions or in the exercise of its powers. (2) The Board may elect any member of the Board or any other person to be the chairman of a committee. (3) Members of a committee may be appointed from amongst the members of the Board or such other persons as the Board deems fit. (4) A member of a committee who is not a member of the Board shall hold office for such term as the Board may specify in his letter of appointment and shall be eligible for reappointment. (5) The Board may, at any time, revoke the appointment of any member of a committee who is not a member of the Board. (6) A member of a committee who is not a member of the Board may, at any time, resign by giving a notice in writing to the Chairman. (7) The Board may, at any time, discontinue or alter the constitution of a committee. (8) The meetings of a committee shall be held at such times and places as the chairman of the committee may determine. (9) A committee shall cause— (a) minutes of all its meetings to be maintained and kept in a proper form; and (b) copies of the minutes of all its meetings to be submitted to the Board as soon as practicable. (10) Any minutes of meetings of a committee shall, if duly signed by the chairman of the committee, be admissible as evidence of the facts stated therein in any legal proceedings, and every meeting in respect of which minutes have been so made shall be deemed to have been duly convened and held and all members thereat to have been duly qualified to act. (11) Members of a committee may be paid such allowances as the Minister may determine. (12) A committee may determine its own procedure. (13) A committee shall be subject to, and act in accordance with, any direction given to the committee by the Board.

Malay text (authoritative)

Jawatankuasa

(1) Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantu Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya. (2) Lembaga boleh memilih mana-mana anggota Lembaga atau mana-mana orang lain untuk menjadi pengerusi jawatankuasa. (3) Anggota jawatankuasa boleh dilantik daripada kalangan anggota Lembaga atau mana-mana orang lain yang difikirkan layak oleh Lembaga. (4) Seseorang anggota jawatankuasa yang bukan anggota Lembaga hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Lembaga dalam surat pelantikan anggota jawatankuasa itu dan hendaklah layak untuk dilantik semula. (5) Lembaga boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa yang bukan anggota Lembaga. (6) Seseorang anggota jawatankuasa yang bukan anggota Lembaga boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada Pengerusi. (7) Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa. (8) Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu. (9) Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya— (a) minit semua mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan (b) salinan minit semua mesyuaratnya dikemukakan kepada Lembaga dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan. (10) Apa-apa minit mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah, sekiranya ditandatangani sewajarnya oleh pengerusi sesuatu jawatankuasa, diterima sebagai keterangan mengenai fakta yang dinyatakan dalam minit itu dalam mana-mana prosiding undang-undang, dan tiap-tiap mesyuarat yang minitnya telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. (11) Anggota jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. (12) Sesuatu jawatankuasa boleh menentukan tatacaranya sendiri. (13) Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa oleh Lembaga.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 767 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next