My bookmarksSign up free
← Public Sector Home Financing Board Act 2015

Public Sector Home Financing Board Act 2015 s 16

Public Sector Home Financing Board Act 2015 s 16

s 16 Disclosure of interest

(1) A member of the Board or committee or any person invited to attend the meetings of the Board or committee having, directly or indirectly, any interest in relation to any matter under discussion by the Board or committee shall disclose to the Board or committee, as the case may be, the fact and nature of his interest. (2) A disclosure under subsection (1) shall be recorded in the minutes of the meetings of the Board or committee, as the case may be. (3) After the disclosure under subsection (1), the member of the Board or committee or any person invited to attend the meetings of the Board or committee— (a) shall not take part or be present in any deliberation or during the making of any decision of the Board or committee, as the case may be, relating to the matter; and (b) shall be disregarded for the purpose of constituting a quorum of the Board or committee, as the case may be, in the deliberation or during the making of any decision relating to the matter.

Malay text (authoritative)

Penzahiran kepentingan

(1) Seseorang anggota Lembaga atau jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa yang mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa kepentingan berhubung dengan apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga atau jawatankuasa hendaklah menzahirkan kepada Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, hakikat dan jenis kepentingannya itu. (2) Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah dicatatkan dalam minit mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan. (3) Selepas penzahiran di bawah subseksyen (1), anggota Lembaga atau jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa— (a) tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam mana-mana pertimbangtelitian atau semasa pembuatan apa-apa keputusan Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berhubungan dengan perkara itu; dan (b) tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam pertimbangtelitian atau semasa pembuatan apa-apa keputusan yang berhubungan dengan perkara itu.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 767 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next