s 2 Interpretation
In this Act, unless the context otherwise requires—
“repealed Act” means the Housing Loans Fund Act 1971 [Act 42] repealed under section 45;
“property” means any movable or immovable property and includes—
(a) any right, interest, title, claim, chose in action, power or privilege, whether present or future, or whether vested or contingent, in relation to any property, or which is otherwise of value;
(b) any conveyance executed for conveying, assigning, appointing, surrendering, or otherwise transferring or disposing of property where the person executing the conveyance is the proprietor or possessor, or wherein he is entitled to a contingent right, either for the whole or part of the interest;
(c) any security, including any stock, share, debenture, bond, loan stock, transferable subscription right or warrant;
(d) any negotiable instrument, including any bank note, bearer note, Treasury bill, dividend warrant, bill of exchange, promissory note, cheque and negotiable certificate of deposit;
(e) any mortgage or charge, whether legal or equitable, guarantee, lien or pledge, whether actual or constructive, letter of hypothecation or trust receipt, indemnity, undertaking or other means of securing payment or discharge of a debt or liability, whether present or future, or whether vested or contingent; and
(f) any other tangible or intangible property;
“committee” means the committee of the Board established under section 13;
“public sector home financing facility” means the facility granted by the Board to an approved eligible person;
“Chief Executive Officer” means the Chief Executive Officer appointed under section 18 and includes an employee of the Board appointed under subsection 18(7) to act as the Chief Executive Officer;
“Fund” means the Public Sector Home Financing Fund established under section 26;
“Board” means the Public Sector Home Financing Board established under section 3;
“Minister” means the Minister charged with the responsibility for finance;
“eligible person” means any person referred to in subsection 23(3);
“approved eligible person” means an eligible person whose application for public sector home financing facility has been approved by the Board;
“Chairman” means the Chairman of the Board appointed under paragraph 8(1)(a) and includes the Deputy Chairman when he exercises the functions of the Chairman.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta yang dimansuhkan” ertinya Akta Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan 1971 [Akta 42] yang dimansuhkan di bawah seksyen 45;
“harta” ertinya apa-apa harta alih atau tak alih dan termasuklah—
(a) apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa atau keistimewaan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada yang terletak hak atau kontingen, berhubung dengan apa-apa harta, atau yang selainnya mempunyai nilai;
(b) apa-apa dokumen pemindahhakan yang disempurnakan bagi memindahhakkan, menyerahhakkan, menguntukkan, menyerahkan, atau selainnya memindahkan atau melupuskan harta jika orang yang menyempurnakan dokumen pemindahhakan itu ialah tuan punya atau pemilik, atau yang memperuntukkan bahawa dia berhak mendapat suatu hak kontingen, sama ada bagi keseluruhan atau sebahagian kepentingan itu;
(c) apa-apa sekuriti, termasuk apa-apa saham, syer, debentur, bon, saham pinjaman, hak langganan boleh dipindahkan atau waran;
(d) apa-apa surat cara boleh niaga, termasuk apa-apa wang kertas, nota pembawa, bil Perbendaharaan, waran dividen, bil pertukaran, nota janji hutang, cek dan perakuan deposit boleh niaga;
(e) apa-apa gadai janji atau gadaian, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, jaminan, lien atau sandaran, sama ada sebenar atau konstruktif, surat hipotekasi atau resit amanah, tanggung rugi, aku janji atau cara lain bagi menjamin pembayaran atau pelepasan suatu hutang atau liabiliti, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada yang terletak hak atau kontingen; dan
(f) apa-apa harta ketara atau tak ketara lain;
“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 13;
“kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam” ertinya kemudahan yang diberikan oleh Lembaga kepada orang yang layak yang diluluskan;
“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 18 dan termasuklah pekerja Lembaga yang dilantik di bawah subseksyen 18(7) untuk bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pembiayaan Perumahan Sektor Awam yang ditubuhkan di bawah seksyen 26;
“Lembaga” ertinya Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“orang yang layak” ertinya mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen 23(3);
“orang yang layak yang diluluskan” ertinya orang yang layak yang permohonannya bagi kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam telah diluluskan oleh Lembaga;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 8(1)(a) dan termasuklah Timbalan Pengerusi apabila dia menjalankan fungsi Pengerusi.