My bookmarksSign up free
← Public Sector Home Financing Board Act 2015

Public Sector Home Financing Board Act 2015 s 27

Public Sector Home Financing Board Act 2015 s 27

s 27 Expenditure to be charged on the Fund

(1) The Fund shall be applied towards the grant of public sector home financing facilities to the approved eligible persons. (2) The Fund may be applied for the purposes of— (a) repaying any moneys borrowed under section 32; (b) settling the debts, obligations and liabilities transferred to and vested in the Board pursuant to section 4; (c) paying for the allowances and other expenses to the members of the Board and committees, and any person invited to the meetings of the Board and committees; (d) paying for the remuneration, allowances and other expenses of the employees of the Board, including the granting of loans, scholarships and advances, retirement benefits, medical benefits and other allowances; (e) the investment under section 33; (f) paying expenses, costs or expenditure in relation to the procurement of goods and services, including the engagement of agents and advisors, legal fees and costs and other fees and costs, properly incurred or accepted by the Board in the performance of its functions and exercise of its powers; (g) purchasing or hiring equipment, machinery and any other materials, acquiring land and any property, and erecting buildings, and carrying out any other works and undertakings in the performance of the functions or the exercise of the powers of the Board. (h) paying expenses or moneys required to satisfy any judgment, decision or award by any court or tribunal against the Board, or any member of the Board or committee, or any employee or agent of the Board in respect of any act, neglect or default done or committed in the performance of the functions or the exercise of the powers of the Board. (i) defraying the expenses, expenditure or costs properly and necessarily incurred by the Board in granting the public sector home financing facilities; and (j) such other expenses and expenditure as may be permitted by this Act or any regulations made under this Act, or incurred in the performance of the functions or the exercise of the powers of the Board.

Malay text (authoritative)

Perbelanjaan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang

(1) Kumpulan Wang hendaklah digunakan bagi pemberian kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam kepada orang yang layak yang diluluskan. (2) Kumpulan Wang boleh digunakan bagi maksud— (a) membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah seksyen 32; (b) menyelesaikan hutang, obligasi dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga menurut seksyen 4; (c) membayar elaun dan belanja lain kepada anggota Lembaga dan jawatankuasa, dan mana-mana orang yang diundang ke mesyuarat Lembaga dan jawatankuasa; (d) membayar saraan, elaun dan belanja lain pekerja Lembaga, termasuklah pemberian pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan, faedah persaraan, faedah perubatan dan elaun lain; (e) pelaburan di bawah seksyen 33; (f) membayar belanja, kos atau perbelanjaan berhubung dengan pemerolehan barang dan perkhidmatan, termasuk pengambilan ejen dan penasihat, fi dan kos guaman serta fi dan kos lain yang ditanggung atau diterima dengan sewajarnya oleh Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya; (g) membeli atau menyewa peralatan, jentera dan apa-apa bahan lain, mendapatkan tanah dan apa-apa harta, dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam pelaksanaan fungsi Lembaga atau penjalanan kuasa Lembaga; (h) membayar belanja atau wang yang diperlukan untuk menunaikan apa-apa penghakiman, keputusan atau award oleh mana-mana mahkamah atau tribunal terhadap Lembaga, atau mana-mana anggota Lembaga atau jawatankuasa, atau mana-mana pekerja atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan dalam pelaksanaan fungsi Lembaga atau penjalanan kuasa Lembaga; (i) membayar belanja, perbelanjaan atau kos yang dilakukan atau ditanggung dengan sewajarnya dan perlu oleh Lembaga dalam memberikan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam; dan (j) apa-apa belanja dan perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, atau yang dilakukan dalam pelaksanaan fungsi Lembaga atau penjalanan kuasa Lembaga.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 767 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next