Technologists and Technicians Act 2015 s 22
s 22 Registration of Qualified Technician and Certified Technician
(1) Subject to this Act, a person who holds a certificate qualification recognized by the Board may apply to be registered as a Qualified Technician upon payment of the prescribed fee.
(2) Upon application made under subsection (1), and based on the criteria as may be determined by the Board, the Board may approve the application to be registered as a Qualified Technician.
(3) A Qualified Technician registered under subsection (2) who has—
(a) obtained the practical experience as may be determined by the Board;
(b) paid the prescribed fee; and
(c) complied with all the criterias to be determined by the Board,
may apply to be registered as a Certified Technician.
(4) Upon application made under subsection (3), and based on the criteria as may be determined by the Board, the Board may approve the registration of a Qualified Technician as a Certified Technician.
Malay text (authoritative)
Pendaftaran Juruteknik Berkelayakan dan Juruteknik Bertauliah
(1) Tertakluk kepada Akta ini, seseorang yang memegang suatu perakuan kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga boleh memohon untuk didaftarkan sebagai Juruteknik Berkelayakan selepas pembayaran fi yang ditetapkan.
(2) Selepas permohonan dibuat di bawah subseksyen (1), dan berdasarkan kepada kriteria sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, Lembaga boleh meluluskan permohonan untuk didaftarkan sebagai Juruteknik Berkelayakan.
(3) Seseorang Juruteknik Berkelayakan yang didaftarkan di bawah subseksyen (2) yang telah—
(a) memperoleh pengalaman amali sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
(b) membayar fi yang ditetapkan; dan
(c) mematuhi semua kriteria yang ditentukan oleh Lembaga,
boleh memohon untuk didaftarkan sebagai Juruteknik Bertauliah.
(4) Selepas permohonan dibuat di bawah subseksyen (3), dan berdasarkan kepada kriteria sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, Lembaga boleh meluluskan pendaftaran seseorang Juruteknik Berkelayakan sebagai Juruteknik Bertauliah.
Read this section in the full act → · Open Part III →
Find Act 768 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 September 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).