My bookmarksSign up free
← Technologists and Technicians Act 2015

Technologists and Technicians Act 2015 s 45

Technologists and Technicians Act 2015 s 45

s 45 Investigating Committee and its powers

(1) For the purposes of section 27, the Board shall appoint an Investigating Committee consisting of— (a) a Chairman, who is a Professional Technologist; (b) two persons from among Professional Technologists or Graduate Technologists; and (c) two persons from among Certified Technicians or Qualified Technicians, to conduct an investigation. (2) Where the Chairman of the Investigating Committee is a member of the Board, he shall not sit as a member of the Board when the Board conducts a hearing or makes an order under subsection 27(1) in respect of the registered person who has been examined by the Investigating Committee of which he is the Chairman. (3) The Investigating Committee appointed under subsection (1) may, for the purpose of an investigation— (a) require any person to attend before it and give evidence on oath or affirmation, and the Chairman of the Investigating Committee presiding at the investigation may administer the oath; and (b) require such person to produce any book, document or paper relating to the subject matter of the investigation which is in the custody of that person or under his control. (4) Upon completion of its investigation, the Investigating Committee shall submit a report together with its recommendations, if any, to the Board for its consideration. (5) A person shall— (a) attend and give evidence when required to do so by the Investigating Committee; (b) answer truthfully and fully any question put to him by any member of the Investigating Committee; and (c) produce to the Investigating Committee any book, document or paper required of him. (6) The Board may, if it deems fit, suspend the registration of a registered person for a period not exceeding six months pending an investigation by an Investigating Committee under this Act and during the period of such suspension, he shall not exercise any of the rights or privileges accorded to him under this Act.

Malay text (authoritative)

Jawatankuasa Penyiasat dan kuasanya

(1) Bagi maksud seksyen 27, Lembaga hendaklah melantik suatu Jawatankuasa Penyiasat yang terdiri daripada— (a) seorang Pengerusi, yang merupakan Teknologis Profesional; (b) dua orang daripada kalangan Teknologis Profesional atau Teknologis Berijazah; dan (c) dua orang daripada kalangan Juruteknik Bertauliah atau Juruteknik Berkelayakan, untuk menjalankan penyiasatan. (2) Jika Pengerusi Jawatankuasa Penyiasat merupakan anggota Lembaga, dia tidak boleh menjadi anggota Lembaga apabila Lembaga menjalankan pendengaran atau membuat perintah di bawah subseksyen 27(1) berkenaan dengan orang berdaftar yang telah diperiksa oleh Jawatankuasa Penyiasat yang dia merupakan Pengerusi. (3) Jawatankuasa Penyiasat yang dilantik di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud sesuatu penyiasatan— (a) menghendaki mana-mana orang supaya hadir di hadapannya dan memberikan keterangan secara bersumpah atau ikrar, dan Pengerusi Jawatankuasa Penyiasat yang mempengerusikan penyiasatan itu boleh mengendalikan sumpah itu; dan (b) menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa buku, dokumen atau kertas yang berhubungan dengan hal perkara penyiasatan yang berada dalam jagaan orang itu atau di bawah kawalannya. (4) Selepas penyiasatannya selesai, Jawatankuasa Penyiasat hendaklah mengemukakan suatu laporan berserta dengan syornya, jika ada, kepada Lembaga bagi pertimbangannya. (5) Seseorang hendaklah— (a) hadir dan memberikan keterangan apabila dikehendaki untuk berbuat demikian oleh Jawatankuasa Penyiasat; (b) menjawab dengan benar dan sepenuhnya apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya oleh mana-mana anggota Jawatankuasa Penyiasat; dan (c) mengemukakan kepada Jawatankuasa Penyiasat apa-apa buku, dokumen atau kertas yang dikehendaki daripadanya. (6) Lembaga boleh, jika difikirkannya patut, menggantung pendaftaran orang berdaftar bagi tempoh tidak melebihi enam bulan sementara selesai penyiasatan oleh Jawatankuasa Penyiasat di bawah Akta ini dan semasa tempoh penggantungan itu, dia tidak boleh menjalankan apa-apa hak atau keistimewaan yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 768 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 September 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next