My bookmarksSign up free
← Technologists and Technicians Act 2015

Technologists and Technicians Act 2015 s 8

Technologists and Technicians Act 2015 s 8

s 8 Membership of the Board

(1) The Board shall consist of the following members who shall be appointed by the Minister: (a) a President who shall be a registered Professional Technologist; and (b) not more than eighteen other members of whom— (i) at least one but not more than five who shall be registered Professional Technologists or Certified Technicians working in the public service of the Federation; (ii) at least one but not more than two who shall be registered Professional Technologists or Certified Technicians working in the service of any local authority or statutory authority; (iii) at least one but not more than five who shall be registered Professional Technologists or Certified Technicians working in the private sector; (iv) at least one but not more than five are members of organizations representing the relevant disciplines of technology and promoting the advancement of technology discipline; (v) at least one but not more than five who shall be registered Professional Technologists in the service of institutions of higher learning; (vi) at least one but not more than five who shall be registered Certified Technicians in the service of skills training institutions; and (vii) at least one but not more than three are from among other related professional boards. (2) Notwithstanding subsection (1), the first Board shall consist of the following members who shall be appointed by the Minister: (a) a President who shall be a person qualified to be registered as a registered Professional Technologist; and (b) not more than eighteen other members of whom— (i) at least one but not more than five who shall be persons qualified to be registered as registered Professional Technologists or Certified Technicians working in the public service of the Federation; (ii) at least one but not more than two who shall be persons qualified to be registered as registered Professional Technologists or Certified Technicians working in the service of any local authority or statutory authority; (iii) at least one but not more than five who shall be persons qualified to be registered as registered Professional Technologists or Certified Technicians working in the private sector; (iv) at least one but not more than five are members of organizations representing the relevant disciplines of technology and promoting the advancement of technology discipline; (v) at least one but not more than five who shall be persons qualified to be registered as registered Professional Technologists in the service of institutions of higher learning; (vi) at least one but not more than five who shall be persons qualified to be registered as registered Certified Technicians in the service of skills training institutions; and (vii) at least one but not more than three are from among other related professional boards.

Malay text (authoritative)

Keanggotaan Lembaga

(1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri: (a) seorang Presiden yang hendaklah merupakan seorang Teknologis Profesional berdaftar; dan (b) tidak lebih daripada lapan belas orang anggota lain yang— (i) sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang yang hendaklah merupakan Teknologis Profesional atau Juruteknik Bertauliah berdaftar yang bekerja dalam perkhidmatan awam Persekutuan; (ii) sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada dua orang yang hendaklah merupakan Teknologis Profesional atau Juruteknik Bertauliah berdaftar yang bekerja dalam perkhidmatan manamana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun; (iii) sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang yang hendaklah merupakan Teknologis Profesional atau Juruteknik Bertauliah berdaftar yang bekerja dalam sektor swasta; (iv) sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang anggota organisasi yang mewakili bidang teknologi yang berkaitan dan menggalakkan kemajuan bidang teknologi; (v) sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang yang hendaklah merupakan Teknologis Profesional berdaftar dalam perkhidmatan institusi pengajian tinggi; (vi) sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang yang hendaklah merupakan Juruteknik Bertauliah berdaftar dalam perkhidmatan institusi latihan kemahiran; dan (vii) sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada tiga orang daripada kalangan lembaga profesional lain yang berkaitan. (2) Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga yang pertama hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri: (a) seorang Presiden yang hendaklah merupakan seorang yang layak untuk didaftarkan sebagai Teknologis Profesional berdaftar; dan (b) tidak lebih daripada lapan belas orang anggota lain yang— (i) sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang yang hendaklah merupakan seorang yang layak untuk didaftarkan sebagai Teknologis Profesional atau Juruteknik Bertauliah berdaftar yang bekerja dalam perkhidmatan awam Persekutuan; (ii) sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada dua orang yang hendaklah merupakan seorang yang layak untuk didaftarkan sebagai Teknologis Profesional atau Juruteknik Bertauliah berdaftar yang bekerja dalam perkhidmatan manamana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun; (iii) sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang yang hendaklah merupakan seorang yang layak untuk didaftarkan sebagai Teknologis Profesional atau Juruteknik Bertauliah berdaftar yang bekerja dalam sektor swasta; (iv) sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang anggota organisasi yang mewakili bidang teknologi yang berkaitan dan menggalakkan kemajuan bidang teknologi; (v) sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang yang hendaklah merupakan seorang yang layak untuk didaftarkan sebagai Teknologis Profesional berdaftar dalam perkhidmatan institusi pengajian tinggi; (vi) sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang yang hendaklah merupakan seorang yang layak untuk didaftarkan sebagai Juruteknik Bertauliah berdaftar dalam perkhidmatan institusi latihan kemahiran; dan (vii) sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada tiga orang daripada kalangan lembaga profesional lain yang berkaitan.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 768 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 September 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next