My bookmarksSign up free
← Technologists and Technicians Act 2015

Technologists and Technicians Act 2015 s 9

Technologists and Technicians Act 2015 s 9

s 9 Common seal

(1) The Board shall have a common seal which shall bear a device approved by the Board and the seal may from time to time be broken, changed, altered and made anew as the Board thinks fit. (2) Until a seal is provided by the Board, a stamp bearing the words “Malaysia Board of Technologists” may be used and shall be deemed to be the common seal of the Board. (3) The common seal shall be kept in the custody of the President or such other person as may be authorized by the Board, and shall be authenticated by either the President or such person as may be authorized by the President in writing. (4) All deeds, documents and other instruments purporting to be sealed with the common seal of the Board and duly authenticated shall, until the contrary is proven, be deemed to have been validly executed. (5) Any deed, document or other instrument which, if executed by a person not being a body corporate, is not required to be under seal may in like manner be executed by a member of the Board or any other person authorized by the President on behalf of the Board. (6) The common seal of the Board shall be officially and judicially noticed.

Malay text (authoritative)

Meterai perbadanan

(1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang hendaklah mengandungi suatu peranti yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga. (2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi perkataan “Lembaga Teknologis Malaysia” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga. (3) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Presiden atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga, dan hendaklah ditentusahkan sama ada oleh Presiden atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Presiden secara bertulis. (4) Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan Lembaga dan ditentusahkan dengan sewajarnya hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah. (5) Apa-apa surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota Lembaga atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Presiden bagi pihak Lembaga. (6) Meterai perbadanan Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 768 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 September 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next