My bookmarksSign up free
← Technologists and Technicians Act 2015

Technologists and Technicians Act 2015 Schedule

Technologists and Technicians Act 2015 Schedule

Schedule SCHEDULESupplementary

[Section 14] Frequency and venue of meetings 1. (1) The President shall preside over the meetings of the Board. (2) The Board shall hold as many meetings as are necessary for the efficient performance of its functions and such meetings are to be held at such places and times as the President may decide, provided that meetings are held at least twice a year. (3) The President shall call for a meeting if requested to do so in writing by the Minister. (4) In the absence of the President, the members shall elect a person among themselves to preside over the meeting. Quorum 2. The President and at least one third of the other members of the Board shall form a quorum at a meeting of the Board. Casting vote 3. If on any question to be determined by the Board there is an equality of votes, the President shall have a casting vote in addition to his deliberative vote. Board may invite others to meetings 4. (1) The Board may invite any person to attend any meeting or deliberation of the Board for the purpose of advising it on any matter under discussion, but any person so attending shall have no right to vote at the meeting or deliberation. (2) A person invited under subparagraph (1) shall be paid such allowances as may be determined by the Board. Minutes 5. (1) The Board shall cause minutes of all its meetings to be maintained and kept in proper form. (2) The minutes of meetings of the Board, if duly signed, shall, in any legal proceedings, be admissible as prima facie evidence of the facts stated in the minutes without further proof. (3) Every meeting of the Board of which minutes have been made in accordance with subparagraphs (1) and (2) shall be deemed to have been duly convened and held and all members at the meeting to have been duly qualified to act. Procedure 6. The Board may regulate its own procedure. Validity of acts and proceedings 7. No act done or proceedings taken under this Act shall be questioned on the ground of— (a) any vacancy in the membership of, or any defect in the constitution of the Board; or (b) any omission, defect or irregularity not affecting the merits of the case. Members to devote time to business of the Board 8. The members of the Board shall devote such time to the business of the Board as is necessary to discharge their duties effectively. LAWS OF MALAYSIA TECHNOLOGISTS AND TECHNICIANS

Malay text (authoritative)

JADUAL

[Seksyen 14] Kekerapan dan tempat mesyuarat 1. (1) Presiden hendaklah mempengerusikan mesyuarat Lembaga. (2) Lembaga hendaklah mengadakan seberapa banyak mesyuarat yang perlu bagi melaksanakan fungsinya dengan cekap dan mesyuarat itu hendaklah diadakan di tempat dan pada masa yang diputuskan oleh Presiden, dengan syarat bahawa mesyuarat diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun. (3) Presiden hendaklah memanggil mesyuarat jika diminta berbuat demikian secara bertulis oleh Menteri. (4) Semasa ketiadaan Presiden, anggota hendaklah memilih seorang daripada kalangan mereka untuk mempengerusikan mesyuarat. Kuorum 2. Presiden dan sekurang-kurangnya satu per tiga daripada anggota Lembaga yang lain hendaklah membentuk kuorum pada mesyuarat Lembaga. Undi pemutus 3. Jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak ditentukan oleh Lembaga terdapat bilangan undi yang sama banyak, Presiden hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya. Lembaga boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat 4. (1) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu. (2) Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) hendaklah dibayar apa- apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. Minit 5. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan supaya minit kesemua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya. (2) Minit mesyuarat Lembaga, jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah, dalam mana-mana prosiding undang-undang, diterima sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam minit itu tanpa bukti selanjutnya. (3) Tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang minit berkenaan dengannya telah dibuat mengikut subperenggan (1) dan (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. Tatacara 6. Lembaga boleh mengawal selia tatacaranya sendiri. Kesahan perbuatan dan prosiding 7. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa— (a) terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau terdapat apa- apa kecacatan dalam penubuhan Lembaga; atau (b) terdapat apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu. Anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga 8. Anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipan mereka dengan berkesan. UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK 2015

Read this section in the full act →

Find Act 768 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 September 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next