My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 114

Armed Forces Act 1972 s 114

s 114 Power to convict of offence other than that charged

(1) An accused charged before a court-martial with an offence under this Act may, on failure of proof of the offence having been committed in circumstances involving a higher degree of punishment, be found guilty of the offence as having been committed in circumstances involving a lower degree of punishment. (2) An accused charged before a court-martial with any offence may be found guilty of attempting to commit that offence. (3) An accused charged before a court-martial with attempting to commit an offence may be convicted on that charge notwithstanding that it is proved that he actually committed the offence. (4) Where an accused is charged before a court-martial under section 88 in respect of attempting to commit a civil offence, he may be convicted on that charge notwithstanding that it is proved that he actually committed the civil offence. (5) Where an accused is charged before a court-martial with an offence against section 88, and the corresponding civil offence is one in proceedings for which, if he had been tried by a civil court for committing the offence in Malaysia, he might have been found guilty of another civil offence, then if the court-martial finds that he has committed that other civil offence he may be convicted of an offence against section 88 in respect of the commission of that other civil offence. (6) An accused charged before a court-martial with an offence specified in the first column of the Second Schedule to this Act may be found guilty of an offence specified in relation thereto in the second column of the said Schedule.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk mensabitkan kesalahan selain kesalahan yang dipertuduhkan

(1) Seseorang tertuduh yang dipertuduh di hadapan mahkamah tentera atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini boleh, jika tiada bukti bahawa kesalahan itu telah dilakukan dalam hal keadaan yang melibatkan hukuman yang lebih berat, didapati bersalah kerana melakukan kesalahan itu dalam hal keadaan yang melibatkan sesuatu hukuman yang lebih ringan. (2) Seseorang tertuduh yang dipertuduh di hadapan mahkamah tentera atas apa-apa kesalahan boleh didapati bersalah kerana cuba melakukan kesalahan itu. (3) Seseorang tertuduh yang dipertuduh di hadapan mahkamah tentera kerana cuba melakukan sesuatu kesalahan boleh disabitkan atas pertuduhan itu walaupun telah dibuktikan bahawa dia sebenarnya telah melakukan kesalahan itu. (4) Jika seseorang tertuduh dipertuduh di hadapan mahkamah tentera di bawah seksyen 88 berkenaan dengan cubaan untuk melakukan sesuatu kesalahan awam, dia boleh disabitkan atas pertuduhan itu walaupun telah dibuktikan bahawa dia sebenarnya telah melakukan kesalahan awam itu. (5) Jika seseorang tertuduh dipertuduh di hadapan mahkamah tentera atas suatu kesalahan terhadap seksyen 88, dan kesalahan awam yang bersamaan itu ialah suatu kesalahan yang dalam prosidingnya, jika dia telah dibicarakan oleh sesuatu mahkamah awam kerana melakukan kesalahan itu di dalam Persekutuan, dia mungkin boleh didapati bersalah kerana melakukan sesuatu kesalahan awam yang lain, maka jika mahkamah tentera itu mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan awam yang lain itu, dia boleh disabitkan atas suatu kesalahan terhadap seksyen 88 berkenaan dengan pelakuan kesalahan awam yang lain itu. (6) Seseorang tertuduh yang dipertuduh di hadapan mahkamah tentera atas sesuatu kesalahan yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual Kedua kepada Akta ini boleh didapati bersalah atas sesuatu kesalahan yang dinyatakan berhubung dengannya dalam ruang kedua Jadual tersebut.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next