Armed Forces Act 1972 s 115
s 115 Rules of evidence
(1) Save as otherwise provided in this Act, the rules of evidence to be observed in proceedings before courts-martial shall be the same as those which are observed in civil courts in Malaysia and no person shall be required in proceedings before a court-martial to answer any question or to produce any document which he could not be required to answer or to produce in similar proceedings before a civil court in Malaysia.
(2) Notwithstanding anything in the foregoing subsection, a statutory declaration shall, in a trial by court-martial, be admissible as evidence of the fact stated in the declaration in a case where, and to the extent to which, oral evidence to the like effect would be admissible in that trial:
Provided that a statutory declaration shall not be admitted as evidence in any such trial on behalf of either the prosecution or the defenceβ
(a) where the declaration is put forward on behalf of the prosecution, unless a copy of the declaration has, not less than seven days before the commencement of the trial, been served on the accused;
(b) where the declaration is put forward on behalf of the defence, unless a copy of the declaration has, not less than seven days, or such less period as the commanding officer may allow, before the commencement of the trial, been served on the commanding officer of the accused;
(c) in any case, if, not later than three days before the commencement of the trial or within such further time as the court-martial may in special circumstances allow, the accused or, as the case may be, the commanding officer of the accused, serves a notice in the prescribed form on the commanding officer or accused requiring that oral evidence shall be given in lieu of the declaration; or
(d) in any case, if the court-martial is of the opinion that it is desirable in the interests of justice that oral evidence should be given in lieu of the declaration and declares that it is of that opinion.
(3) A court-martial shall take judicial notice of all matters of notoriety, including all matters within the general service knowledge of the court, and of all other matters of which judicial notice would be taken in a civil court in Malaysia.
Malay text (authoritative)
Kaedah-kaedah mengenai keterangan
(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, kaedah-kaedah mengenai keterangan yang kena dipatuhi dalam prosiding di hadapan mahkamah tentera adalah sama dengan kaedah-kaedah yang kena dipatuhi dalam mahkamah awam di
Malaysia, dan tiada seorang pun boleh dikehendaki dalam prosiding di hadapan mahkamah tentera untuk menjawab apa-apa soalan atau mengemukakan apa-apa dokumen yang dia tidak dikehendaki untuk menjawab atau mengemukakan dalam prosiding yang serupa di hadapan mahkamah awam di Malaysia.
(2) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen yang disebut terdahulu, sesuatu akuan berkanun hendaklah, dalam sesuatu perbicaraan oleh mahkamah tentera, diterima sebagai keterangan mengenai fakta yang dinyatakan dalam akuan itu dalam hal yang, dan setakat yang, keterangan lisan yang sama maksudnya boleh diterima dalam perbicaraan itu:
Dengan syarat bahawa sesuatu akuan berkanun tidak boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa perbicaraan bagi pihak sama ada pihak pendakwa atau pihak pembelaβ
(a) jika akuan itu dikemukakan bagi pihak pendakwa, melainkan jika suatu salinan akuan itu telah disampaikan kepada tertuduh tidak kurang daripada tujuh hari sebelum permulaan perbicaraan itu;
(b) jika akuan itu dikemukakan bagi pihak pembela, melainkan jika suatu salinan akuan itu telah disampaikan kepada pegawai memerintah bagi tertuduh itu tidak kurang daripada tujuh hari atau sesuatu tempoh yang kurang sebagaimana yang dibenarkan oleh pegawai memerintah itu sebelum permulaan perbicaraan itu;
(c) dalam apa-apa hal, jika, tidak lewat daripada tiga hari sebelum permulaan perbicaraan itu atau dalam apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang boleh dibenarkan oleh mahkamah tentera itu dalam hal keadaan khas, tertuduh atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, pegawai memerintah bagi tertuduh itu, menyampaikan suatu notis mengikut bentuk yang ditetapkan kepada pegawai memerintah atau tertuduh itu yang menghendaki supaya keterangan lisan diberikan sebagai ganti akuan itu; atau
(d) dalam apa-apa hal, jika mahkamah tentera berpendapat bahawa demi kepentingan keadilan adalah wajar supaya keterangan lisan diberikan sebagai ganti akuan itu dan mahkamah tentera itu menetapkan bahawa pendapatnya adalah sedemikian.
(3) Sesuatu mahkamah tentera hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman mengenai segala perkara yang sudah diketahui, termasuklan segala perkara yang dalam pengetahuan perkhidmatan am mahkamah itu, dan mengenai segala perkara lain yang mungkin diberi pengiktirafan kehakiman dalam mahkamah awam di Malaysia.
Read this section in the full act β Β· Open Part V β
Find Act 77 on lom.agc.gov.my β
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).