My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 117

Armed Forces Act 1972 s 117

s 117 Offences by civilians in relation to courts-martial

Where in Malaysia any person other than a person subject to service law under this Act— (a) having been duly summoned as a witness before a courtmartial, fails to comply with the summons; (b) refuses to swear an oath when duly required by a courtmartial to do so; (c) refuses to produce any document in his custody or under his control which a court-martial has lawfully required him to produce; (d) when a witness, refuses to answer any question which a court-martial has lawfully required him to answer; (e) wilfully insults any person, being a member of a courtmartial or a witness or any other person whose duty it is to attend on or before a court-martial, while that person is acting as a member thereof or is so attending, or willfully insults any such person as aforesaid while that person is going to or returning from the proceedings of a court-martial; (f) wilfully interrupts the proceedings of a court-martial or otherwise misbehaves before the court-martial; or (g) does any other thing which would, if a court-martial had been a court of law having power to commit for contempt, have been contempt of that court, the president of the court-martial may certify the offence of that person under his hand to any court of law in that part of Malaysia where the offence is alleged to have been committed, being a court having power to commit for contempt, and that court of law may thereupon inquire into the alleged offence, and after hearing any witnesses who may be produced against or on behalf of the person charged with the offence, and after hearing any statement that may be offered in defence, punish or take steps for the punishment of that person in like manner as if he had been guilty of contempt of the court to which the offence is certified.

Malay text (authoritative)

Kesalahan oleh orang awam berhubung dengan mahkamah tentera

Jika di Malaysia mana-mana orang selain seseorang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini— (a) setelah disaman dengan sewajarnya untuk hadir sebagai seorang saksi di hadapan sesuatu mahkamah tentera, tidak mematuhi saman itu; (b) enggan mengangkat sumpah apabila dikehendaki dengan sewajarnya oleh sesuatu mahkamah tentera untuk berbuat demikian; (c) enggan mengemukakan apa-apa dokumen dalam jagaan atau di bawah kawalannya yang dikehendaki secara sah oleh mahkamah tentera supaya dikemukakan olehnya; (d) apabila seseorang saksi, enggan menjawab apa-apa soalan yang dikehendaki secara sah oleh mahkamah tentera supaya dijawab olehnya; (e) dengan sengaja mencela mana-mana orang, iaitu seorang anggota mahkamah tentera atau saksi atau mana-mana orang lain yang menjadi kewajipannya untuk hadir di dalam atau di hadapan sesuatu mahkamah tentera, semasa orang itu bertindak sebagai seorang anggota mahkamah tentera itu atau hadir sedemikian, atau dengan sengaja mencela mana-mana orang yang disebut terdahulu semasa orang itu pergi ke prosiding atau pulang daripada prosiding sesuatu mahkamah tentera; (f) dengan sengaja mengganggu prosiding sesuatu mahkamah tentera atau selainnya berkelakuan tidak senonoh di hadapan mahkamah tentera; atau (g) melakukan apa-apa perkara lain yang mungkin, jika sesuatu mahkamah tentera itu ialah suatu mahkamah undang-undang yang mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman bagi penghinaan terhadap mahkamah, telah melakukan penghinaan terhadap mahkamah itu, yang dipertua mahkamah tentera itu boleh memperakui kesalahan orang itu yang ditandatangani sendiri olehnya kepada mana-mana mahkamah undang-undang di bahagian itu di Malaysia di mana kesalahan itu dikatakan telah dilakukan, iaitu sesuatu mahkamah yang mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman bagi penghinaan terhadap mahkamah, dan mahkamah undang-undang itu boleh kemudiannya menyiasat kesalahan yang dikatakan itu, dan setelah mendengar mana-mana saksi yang dikemukakan terhadap atau bagi pihak orang yang dipertuduh atas kesalahan itu, dan setelah mendengar apa-apa pernyataan yang mungkin diberikan sebagai pembelaan, menghukum atau mengambil langkah untuk menghukum orang itu mengikut cara yang sama seolah-olah dia telah bersalah melakukan penghinaan terhadap mahkamah yang kepadanya kesalahan itu telah diperakukan.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next