s 125 Powers of confirming officers
(1) Subject to the provisions of the last foregoing section and to the following provisions of this section, a confirming officer shall deal with the finding or sentence of a court-martial either—
(a) by withholding confirmation, if of opinion that the finding of the court-martial is under all the circumstances of the case unsafe or unsatisfactory or involves a wrong decision on a question of law or that there was material irregularity in the course of the trial;
(b) by confirming the finding or sentence; or
(c) by referring the finding or sentence, or both, for confirmation to a higher confirming officer:
Provided that the confirming officer may, notwithstanding that he is of opinion that he would apart from this proviso withhold
confirmation of the finding, confirm the finding if he considers that no miscarriage of justice has actually occurred.
(2) In lieu of withholding confirmation of a finding of a courtmartial, a confirming officer may, if—
(a) some other finding of guilty could have been validly made by court-martial on the charge before it; and
(b) he is of opinion that the court-martial must have been satisfied of the facts necessary to justify that other finding,
substitute that other finding, and if he does so he should consider in what manner, if at all, the powers conferred by subsection (4) of this section should be exercised, or a confirming officer may, if he is of opinion that the case is not one where there should have been a finding of not guilty but that there should have been a finding that the accused was unfit to stand his trial, substitute a finding that the accused was unfit to stand his trial.
(3) Where it appears to a confirming officer that a sentence of court-martial is invalid, he may in lieu of withholding confirmation of the sentence substitute therefor a sentence of any punishment or punishments which could have been awarded by the court-martial, not being greater than the punishment or greatest of the punishments awarded by the court-martial, and not in his opinion more severe than that punishment or those punishments.
(4) In confirming the sentence of a court-martial, a confirming officer may—
(a) remit in whole or in part any punishment awarded by the court-martial; or
(b) commute any such punishment for one or more punishment or punishments provided by this Act, being less than the punishment commuted.
(5) In confirming any sentence, a confirming officer may postpone the carrying out of the sentence for such time as seems expedient, and a confirming officer may extend or terminate any postponement ordered under this subsection.
(6) A finding or sentence substituted by the confirming officer, or any sentence having effect after the confirming officer has remitted or commuted the punishment awarded thereunder, shall be treated for all purposes as a finding or sentence of the court-martial duly confirmed.
(7) The confirmation of a finding or sentence shall not be deemed to be completed until the finding or sentence has been promulgated; and in the event of any such substitution, remission or commutation as aforesaid the finding or sentence shall be promulgated as it has effect after the substitution, remission or commutation.
(8) Where the confirming officer determines to withhold confirmation, the determination shall be promulgated and shall have effect from the promulgation thereof.
Malay text (authoritative)
Kuasa pegawai pengesah
(1) Tertakluk pada peruntukan seksyen yang disebut terdahulu dan peruntukan seksyen yang berikut ini, seseorang pegawai pengesah hendaklah menguruskan dapatan atau hukuman sesuatu mahkamah tentera sama ada—
(a) dengan tidak mengesahkan, jika dia berpendapat bahawa dapatan mahkamah tentera itu mengikut segala hal keadaan kes itu tidak selamat atau tidak memuaskan atau melibatkan suatu keputusan yang salah mengenai soal undang-undang atau bahawa telah terdapat ketidakteraturan yang material semasa perbicaraan itu;
(b) dengan mengesahkan dapatan atau hukuman itu; atau
(c) dengan merujukkan dapatan atau hukuman itu, atau keduaduanya, untuk disahkan kepada seorang pegawai pengesah yang lebih tinggi:
Dengan syarat bahawa pegawai pengesah itu boleh, walaupun dia berpendapat bahawa jika tidak kerana proviso ini dia boleh enggan mengesahkan dapatan itu, mengesahkan dapatan itu jika dia berpendapat bahawa tiada salah laksana keadilan telah berlaku.
(2) Sebagai ganti tidak mengesahkan sesuatu dapatan mahkamah tentera, seseorang pegawai pengesah boleh, jika—
(a) sesuatu dapatan bersalah yang lain boleh dibuat secara sah oleh mahkamah tentera atas pertuduhan di hadapannya; dan
(b) dia berpendapat bahawa mahkamah tentera itu mestilah telah berpuas hati dengan fakta yang perlu bagi menjustifikasikan dapatan lain yang dibuat itu,
menggantikannya dengan dapatan yang lain, dan jika dia berbuat demikian dia hendaklah menimbangkan bagaimana, jika boleh, kuasa yang diberikan oleh subseksyen (4) hendak dijalankan, atau seseorang pegawai pengesah boleh, jika dia berpendapat bahawa kes itu bukan suatu kes yang dapatannya ialah dapatan tidak bersalah tetapi suatu dapatan bahawa tertuduh itu tidak berupaya untuk dibicarakan, menggantikan dapatan itu dengan suatu dapatan bahawa tertuduh itu tidak berupaya untuk dibicarakan.
(3) Jika ternyata pada seseorang pegawai pengesah bahawa sesuatu hukuman oleh mahkamah tentera tidak sah, dia boleh sebagai ganti tidak mengesahkan hukuman itu menggantikannya dengan suatu hukuman atau hukuman-hukuman yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah tentera itu, iaitu bukan hukuman yang lebih berat daripada hukuman atau yang paling berat daripada hukuman-hukuman yang dikenakan oleh mahkamah tentera itu, dan yang pada pendapatnya tidak lebih berat daripada hukuman atau hukuman-hukuman itu.
(4) Dalam mengesahkan hukuman sesuatu mahkamah tentera, seseorang pegawai pengesah boleh—
(a) meremitkan keseluruhan atau sebahagian daripada apa-apa hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah tentera itu; atau
(b) meringankan mana-mana hukuman itu kepada satu hukuman atau lebih yang diperuntukkan oleh Akta ini, iaitu yang lebih ringan daripada hukuman yang diringankan itu.
(5) Dalam mengesahkan mana-mana hukuman, seseorang pegawai pengesah boleh menangguhkan hukuman itu daripada dijalankan selama sesuatu tempoh yang difikirkannya suai manfaat, dan seseorang pegawai pengesah boleh melanjutkan atau menamatkan apa-apa penangguhan yang diperintahkan di bawah subseksyen ini.
(6) Sesuatu dapatan atau hukuman yang digantikan oleh pegawai pengesah, atau mana-mana hukuman yang berkuat kuasa selepas pegawai pengesah meremitkan atau meringankan hukuman yang dijatuhkan itu, hendaklah dikira bagi segala maksud sebagai suatu dapatan atau hukuman oleh mahkamah tentera yang telah disahkan dengan sewajarnya.
(7) Pengesahan sesuatu dapatan atau hukuman tidak boleh disifatkan telah selesai sehingga dapatan atau hukuman itu telah diisytiharkan; dan sekiranya terdapat apa-apa penggantian, peremitan atau peringanan seperti yang disebut terdahulu dapatan atau hukuman itu hendaklah diisytiharkan seolah-olah dapatan atau hukuman itu berkuat kuasa selepas penggantian, peremitan atau peringanan itu.
(8) Jika pegawai pengesah itu membuat keputusan untuk tidak mengesahkan, maka keputusan itu hendaklah diisytiharkan dan hendaklah mempunyai kuat kuasa dari tarikh perisytiharan itu.
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).