My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 128

Armed Forces Act 1972 s 128

s 128 Review of findings and sentences of courts-martial

(1) A finding or sentence which has been confirmed may at any time be reviewed by a reviewing authority, and if after confirmation of a finding or sentence a petition is duly presented under section 123, the findings or sentence shall be so reviewed as soon as may be after the presentation of the petition and after consideration of the matters alleged therein. (2) The reviewing authorities for the purposes of this Act are— (a) the Yang di-Pertuan Agong; (b) the Armed Forces Council, or (so far as the delegation extends) any officer to whom the powers of the Armed Forces Council as reviewing authority, or any of those powers, may be delegated by regulations made under this Part; (c) any officer superior in command to the confirming officer. (3) Notwithstanding anything in subsection (1), a sentence of death passed on a person on active service and the finding of guilty in consequence of which it was passed shall not be required to be reviewed if, in the opinion of the confirming officer, it is essential, in the interests of discipline and for the purpose of securing the safety of the force with which the person sentenced is present, that the sentence should be carried out forthwith, and the confirming officer states that opinion in the minute confirming the sentence. (4) On a review under this section the reviewing authority may— (a) in so far as the review is of a finding, quash the finding, and, if the sentence relates only to the finding quashed, the sentence; (b) in so far as the review is of the sentence, quash the sentence; (c) in any case, exercise the like powers of substituting findings, substituting valid for invalid sentences and remitting or commuting punishment as are conferred on a confirming officer by subsections (2) to (4) inclusive of section 125, and any substituted finding or sentence, or sentence having effect after the remission or commutation of punishment, shall be treated for all purposes as a finding or sentence of the court-martial duly confirmed. (5) Where a reviewing authority exercises any of the powers conferred by the last foregoing subsection, the determination of the reviewing authority shall be promulgated and shall have effect from the promulgation thereof.

Malay text (authoritative)

Kajian semula dapatan dan hukuman mahkamah tentera

(1) Sesuatu dapatan atau hukuman yang telah disahkan boleh pada bila-bila masa dikaji semula oleh sesuatu pihak berkuasa kajian semula, dan jika setelah sesuatu dapatan atau hukuman itu disahkan suatu petisyen dibuat dengan sewajarnya di bawah seksyen 123, maka dapatan atau hukuman itu hendaklah dikaji semula dengan seberapa segera yang boleh setelah petisyen itu dibuat dan setelah dipertimbangkan perkara yang dikatakan dalamnya. (2) Pihak berkuasa kajian semula itu bagi maksud Akta ini ialah— (a) Yang di-Pertuan Agong; (b) Majlis Angkatan Tentera atau (setakat yang pewakilan itu dipakai) mana-mana pegawai yang kepadanya kuasa Majlis Angkatan Tentera sebagai pihak berkuasa kajian semula, atau mana-mana daripada kuasa itu, boleh diwakilkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini; (c) mana-mana pegawai yang mempunyai kuasa memerintah atasan ke atas pegawai pengesah itu. (3) Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (1), sesuatu hukuman mati yang dijatuhkan ke atas seseorang dalam perkhidmatan giat dan dapatan bersalah yang berikutan dengannya hukuman itu dijatuhkan tidak dikehendaki supaya dikaji semula jika, pegawai pengesah itu berpendapat bahawa adalah mustahak, demi kepentingan tatatertib dan bagi maksud menjamin keselamatan angkatan yang orang yang dijatuhkan hukuman itu berkhidmat, hukuman itu patut dijalankan dengan segera, dan pegawai pengesah itu menyatakan pendapat itu dalam minit yang mengesahkan hukuman itu. (4) Apabila kajian semula dilakukan di bawah seksyen ini pihak berkuasa kajian semula boleh— (a) setakat yang kajian semula itu adalah mengenai sesuatu dapatan, membatalkan dapatan itu, dan, jika hukuman itu berhubung hanya dengan dapatan yang dibatalkan itu, hukuman itu; (b) setakat yang kajian semula itu adalah mengenai hukuman, membatalkan hukuman itu; (c) dalam apa-apa hal, menjalankan kuasa yang sama mengenai penggantian dapatan, penggantian hukuman yang tidak sah itu dengan yang sah dan peremitan atau peringanan hukuman sebagaimana yang diberikan kepada seseorang pegawai pengesah oleh subseksyen 125(2) hingga (4) termasuk kedua-dua subseksyen itu, dan apa-apa dapatan atau hukuman yang digantikan, atau hukuman yang mempunyai kuat kuasa setelah hukuman itu diremitkan atau diringankan, hendaklah dikira bagi segala maksud sebagai suatu dapatan atau hukuman mahkamah tentera yang telah disahkan dengan sewajarnya. (5) Jika sesuatu pihak berkuasa kajian semula menjalankan manamana kuasa yang diberikan oleh subseksyen yang disebut terdahulu, keputusan pihak berkuasa kajian semula itu hendaklah diisytiharkan dan hendaklah mempunyai kuat kuasa dari tarikh perisytiharan itu.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next