My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 130

Armed Forces Act 1972 s 130

s 130 Review of summary findings and awards

(1) Where a charge has been dealt with summarily otherwise than by the dismissal thereof, the authority hereinafter mentioned may at any time review the finding or award. (2) The said authority is— (a) the Armed Forces Council; or (b) any officer superior in command to the officer who dealt summarily with the charge. (3) Where, on a review under this section, it appears to the said authority expedient so to do by reason of any mistake of law in the proceedings on the summary dealing with the charge or of anything occurring in those proceedings which in the opinion of the said authority involved substantial injustice to the accused, the said authority may quash the finding. (4) If a finding in any proceedings is quashed under the last foregoing subsection and the award made in those proceedings relates only to the finding quashed, the said authority shall also quash the award, and if the award relates also to any other finding and it appears to the said authority that the award was not warranted by this Act in respect of that other finding, the said authority may vary the award by substituting such punishment or punishments as the said authority may think proper, being a punishment or punishments which could have been included in the original award in relation to that other finding, and not being in the opinion of the said authority more severe than the punishment or punishments included in the original award. (5) Where, on a review under this section, it appears to the said authority that a punishment awarded was invalid, or too severe, or (where the award included two or more punishments) that those punishments or some of them could not validly have been awarded in combination, or are, taken together, too severe, the said authority may vary the award by substituting such punishment or punishments which could have been included in the original award, and not being in the opinion of the said authority more severe than the punishment or punishments included in the original award. Findings of Insanity

Malay text (authoritative)

Kajian semula dapatan terus dan award

(1) Jika sesuatu pertuduhan telah dibicarakan terus, selain pertuduhan itu ditolak, pihak berkuasa yang disebut kemudian daripada ini boleh pada bila-bila masa mengkaji semula dapatan atau award itu. (2) Pihak berkuasa tersebut ialah— (a) Majlis Angkatan Tentera; atau (b) mana-mana pegawai yang mempunyai kuasa memerintah atasan ke atas pegawai yang telah membicarakan pertuduhan itu secara terus. (3) Jika, apabila sesuatu kajian semula dilakukan di bawah seksyen ini, ternyata pada pihak berkuasa tersebut bahawa adalah suai manfaat untuk berbuat demikian disebabkan oleh sesuatu kesilapan undangundang dalam prosiding mengenai perbicaraan terus pertuduhan itu atau apa-apa jua yang berlaku dalam prosiding itu yang pada pendapat pihak berkuasa tersebut melibatkan ketidakadilan substansial terhadap tertuduh itu, maka pihak berkuasa tersebut boleh membatalkan dapatan itu. (4) Jika sesuatu dapatan dalam mana-mana prosiding dibatalkan di bawah subseksyen terdahulu yang akhir disebut dan award yang dibuat dalam prosiding itu berhubung hanya dengan dapatan yang dibatalkan itu, pihak berkuasa tersebut hendaklah juga membatalkan award itu, dan jika award itu juga berhubung dengan mana-mana dapatan lain dan ternyata pada pihak berkuasa tersebut bahawa award itu tidak dibenarkan oleh Akta ini berkenaan dengan dapatan yang lain itu, pihak berkuasa tersebut boleh mengubah award itu dengan menggantikan hukuman atau hukuman-hukuman itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa tersebut, iaitu hukuman atau hukuman-hukuman yang boleh dimasukkan dalam award yang mulamula itu berhubung dengan dapatan lain itu, dan bukan yang pada pendapat pihak berkuasa tersebut lebih berat daripada hukuman atau hukuman-hukuman yang termasuk dalam award yang mula-mula itu. (5) Jika, apabila sesuatu kajian semula dilakukan di bawah seksyen ini, ternyata pada pihak berkuasa tersebut bahawa sesuatu hukuman yang dijatuhkan itu tidak sah, atau terlalu berat, atau (jika award itu mengandungi dua hukuman atau lebih) bahawa hukuman itu atau sesetengah daripadanya tidak boleh dijatuhkan bersama dengan sahnya, atau terlalu berat jika dikira bersama, pihak berkuasa tersebut boleh mengubah award itu dengan menggantikan hukuman atau hukuman-hukuman yang boleh dimasukkan dalam award yang mulamula itu, dan bukan yang pada pendapat pihak berkuasa itu lebih berat daripada hukuman atau hukuman-hukuman yang termasuk dalam award yang mula-mula itu. Dapatan mengenai Gila

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next