My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 131

Armed Forces Act 1972 s 131

s 131 Provisions where accused found insane

(1) Where, on the trial of a person by court-martial, it appears to the court-martial that the accused is by reason of insanity unfit to stand his trial, the court-martial shall so find; and if the finding is confirmed in accordance with the following provisions of this section, the accused shall be kept in custody in such manner as may be provided by or under regulations made under this Part until the directions of the Yang di-Pertuan Agong are known or until any earlier time at which the accused is fit to stand his trial. (2) Where, on the trial of a person by court-martial, it appears to the court-martial that the evidence is such as, apart from any question of insanity, to support a finding that the accused was guilty of any offence, but at the time of the acts or omissions constituting that offence the accused was insane, the court-martial shall find that the accused was not guilty of that offence by reason of insanity and thereupon the accused shall be kept in custody in such manner as may be provided by or under regulations of the Armed Forces Council until the directions of the Yang di-Pertuan Agong are known. (3) In the case of any such finding as aforesaid, the Yang di-Pertuan Agong may give orders for the safe custody of the accused during his pleasure in such place and in such manner as the Yang di-Pertuan Agong thinks fit. (4) A finding under subsection (1) shall not have effect unless and until the finding has been confirmed by an officer who would have had power to confirm a finding of guilty come to by the court-martial in question and has been promulgated. (5) Where the court-martial or the confirming officer comes to or substitutes a finding of not guilty by reason of insanity the confirming officer or, as the case may be, the reviewing authority shall not have power to substitute for that finding a finding of guilty; but save as aforesaid the provisions of this Act as to revision, confirmation and review (and in particular the provisions of this Act which confer the power to substitute for any finding any other finding which could have been come to by the court-martial in question) shall apply in relation to such findings as are provided for by subsection (2) as those provisions apply in relation to other findings of guilty. (6) Save as otherwise provided in this Act or unless the context otherwise requires, any reference to a conviction or a finding of guilty in respect of any offence includes a reference to a finding under subsection (2) in respect of the offence. Savings for Functions of Judge Advocate General

Malay text (authoritative)

Peruntukan jika tertuduh didapati gila

(1) Jika, apabila seseorang dibicarakan oleh mahkamah tentera, ternyata pada mahkamah tentera itu bahawa tertuduh itu disebabkan oleh gila tidak berupaya untuk dibicarakan, maka mahkamah tentera itu boleh membuat dapatan sedemikian; dan jika dapatan itu disahkan mengikut peruntukan yang berikut dalam seksyen ini, tertuduh hendaklah ditahan dalam jagaan mengikut cara yang diperuntukkan oleh atau di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini sehingga arahan daripada Yang di-Pertuan Agong diketahui atau sehingga masa yang lebih awal yang tertuduh itu berupaya untuk dibicarakan. (2) Jika, semasa seseorang dibicarakan oleh mahkamah tentera, ternyata pada mahkamah tentera itu bahawa keterangan yang ada, selain apa-apa soal mengenai gila, menyokong dapatan bahawa tertuduh itu bersalah atas apa-apa kesalahan, tetapi pada masa perbuatan atau peninggalan yang menjadi kesalahan itu tertuduh itu adalah gila, mahkamah tentera hendaklah mendapati tertuduh itu tidak bersalah atas kesalahan itu disebabkan oleh gila dan kemudiannya tertuduh itu hendaklah ditahan dalam jagaan mengikut cara yang diperuntukkan oleh atau di bawah peraturan-peraturan Majlis Angkatan Tentera sehingga arahan daripada Yang di-Pertuan Agong diketahui. (3) Dalam hal apa-apa dapatan seperti yang disebut terdahulu, Yang di-Pertuan Agong boleh memerintahkan supaya tertuduh itu dijaga dengan selamat selama yang diperkenankan olehnya di tempat dan mengikut cara yang difikirkannya sesuai. (4) Sesuatu dapatan di bawah subseksyen (1) tidak boleh berkuat kuasa melainkan jika dan sehingga dapatan itu telah disahkan oleh seseorang pegawai yang ada kuasa untuk mengesahkan sesuatu dapatan bersalah yang dibuat oleh mahkamah tentera yang berkenaan dan dapatan itu telah diisytiharkan. (5) Jika mahkamah tentera atau pegawai pengesah itu membuat atau menggantikan sesuatu dapatan tidak bersalah oleh sebab tertuduh itu gila pegawai pengesah itu atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, pihak berkuasa kajian semula itu tidak mempunyai kuasa untuk menggantikan dapatan itu dengan suatu dapatan bersalah; tetapi kecuali seperti yang disebut terdahulu peruntukan Akta ini mengenai penyemakan, pengesahan dan kajian semula (dan khususnya peruntukan Akta ini yang memberikan kuasa untuk menggantikan apa-apa dapatan dengan apa-apa dapatan lain yang mungkin dibuat oleh mahkamah tentera yang berkenaan) hendaklah terpakai berhubung dengan dapatan itu sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (2) sebagaimana peruntukan itu terpakai berhubung dengan dapatan bersalah yang lain. (6) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Akta ini atau melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, apaapa sebutan mengenai sesuatu sabitan atau dapatan bersalah berkenaan dengan apa-apa kesalahan termasuklah sebutan mengenai sesuatu dapatan di bawah subseksyen (2) berkenaan dengan kesalahan itu. Kecualian bagi Fungsi Ketua Hakim Peguam

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next