My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 134

Armed Forces Act 1972 s 134

s 134 Duration of sentences of imprisonment and detention

(1) Where a serviceman has been sentenced to imprisonment or detention by a court-martial, and the sentence is suspended in pursuance of the next following section after he has been committed to prison or a detention barrack, the currency of the sentence shall be suspended from the beginning of the day after the day on which he is released in accordance with the provisions of the next following section until the beginning of the day on which the suspension is determined. (2) Where any person serving a service sentence of imprisonment or detention becomes unlawfully at large during the currency of the sentence, then, in calculating the period for which he is liable to be imprisoned or detained in pursuance of the sentence, no account shall be taken of time elapsing during the period beginning with the day on which he became at large and ending with the day, on which, as a person having become unlawfully at large, he is taken into service custody or the custody of a civil authority or (not having been taken into such custody) returns to the place in which he was imprisoned or detained before he became unlawfully at large: Provided that, if he satisfies such authority as may be specified in that behalf by or under Imprisonment and Detention Rules that during any time during the last-mentioned period he wasβ€” (a) in the custody of a civil authority; or (b) if and in so far as Imprisonment and Detention Rules so provide, in the custody of any service authority of any country outside the Federation as respects which arrangements have been made under section 139, the last-mentioned time shall not be disregarded in calculating the period for which he is liable to be imprisoned or detained in pursuance of the service sentence. (3) In the last foregoing subsection the expression β€œcivil authority” means a civil authority (whether of Malaysia or of any country outside Malaysia) authorized by law to detain persons, and includes a police officer. (4) Without prejudice to subsection (2) where any person serving a service sentence of imprisonment or detention has, in accordance with Imprisonment and Detention Rules, been temporarily released on compassionate grounds, then, in calculating the period for which he is liable to imprisonment or detention in pursuance of the sentence, no account shall be taken of time elapsing during the period beginning with the day after that on which he is released and ending with the day on which he is required to return into custody. (5) A person who for any period is released as mentioned in the last foregoing subsection or who is otherwise allowed, in pursuance of Imprisonment and Detention Rules, out of any detention barrack or otherwise out of service custody for any period or subject to any condition shall, on failure to return on the expiration of the period or to comply with the condition, be treated for the purpose of subsection (2) as being unlawfully at large. (6) A person serving a service sentence of imprisonment or detention in civil custody who, after being temporarily released under civil law, is at large at any time during the period for which he is liable to be imprisoned or detained in civil custody in pursuance of his sentence shall be deemed to be unlawfully at large if the period for which he was temporarily released has expired or if an order recalling him has been made in pursuance of civil law. (7) References in the last foregoing subsection to release or recall under civil law are references to release or recall in pursuance of the law of the country in which he is serving his sentence.

Malay text (authoritative)

Tempoh hukuman pemenjaraan dan tahanan

(1) Jika seseorang askar-lasykar telah dijatuhi hukuman pemenjaraan atau tahanan oleh mahkamah tentera, dan hukuman itu digantung menurut seksyen yang berikut setelah dia dimasukkan ke dalam penjara atau berek tahanan, tempoh hukuman itu hendaklah digantung mulai dari permulaan hari selepas hari dia dilepaskan mengikut peruntukan seksyen yang berikut hingga permulaan hari penggantungan itu diputuskan. (2) Jika mana-mana orang yang menjalani hukuman pemenjaraan perkhidmatan atau hukuman tahanan perkhidmatan berada dalam keadaan bebas dengan menyalahi undang-undang dalam tempoh hukuman itu, maka, dalam mengira tempoh yang dia boleh dihukum dengan pemenjaraan atau ditahan menurut hukuman itu, tidaklah boleh diambil kira masa yang telah luput semasa tempoh yang bermula pada hari dia berada dalam keadaan bebas itu dan yang berakhir pada hari, sebagai seseorang yang telah berada dalam keadaan bebas dengan menyalahi undang-undang, dia dimasukkan dalam jagaan perkhidmatan atau jagaan pihak berkuasa awam atau (jika tidak dimasukkan ke dalam sesuatu jagaan itu) dia kembali ke tempat dia telah dipenjarakan atau ditahan sebelum dia berada dalam keadaan bebas dengan menyalahi undang-undang: Dengan syarat bahawa, jika dia memuaskan hati pihak berkuasa itu sebagaimana yang dinyatakan bagi maksud itu oleh atau di bawah Kaedah-Kaedah Pemenjaraan dan Tahanan bahawa pada bila-bila masa dalam tempoh yang akhir disebut itu diaβ€” (a) berada dalam jagaan pihak berkuasa awam; atau (b) jika dan setakat yang diperuntukkan sedemikian oleh Kaedah-Kaedah Pemenjaraan dan Tahanan, berada dalam jagaan mana-mana pihak berkuasa perkhidmatan bagi mana-mana negara di luar Malaysia yang berkenaan dengannya perkiraan telah dibuat di bawah seksyen 139, maka masa yang akhir disebut itu hendaklah diambil kira dalam mengira tempoh yang dia boleh dihukum dengan pemenjaraan atau ditahan menurut hukuman perkhidmatan itu. (3) Dalam subseksyen terdahulu yang akhir disebut, ungkapan β€œpihak berkuasa awam” ertinya pihak berkuasa awam (sama ada pihak berkuasa awam Malaysia atau bagi mana-mana negara di luar Malaysia) yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk menahan orang, dan termasuklah seorang pegawai polis. (4) Dengan tidak menyentuh subseksyen (2) jika mana-mana orang yang menjalani hukuman pemenjaraan perkhidmatan atau hukuman tahanan perkhidmatan mengikut Kaedah-Kaedah Pemenjaraan dan Tahanan dilepaskan buat sementara atas alasan ihsan, maka, dalam mengira tempoh yang dia boleh dihukum dengan pemenjaraan atau ditahan menurut hukuman itu, tidaklah boleh diambil kira masa yang telah luput semasa tempoh yang bermula pada hari selepas hari dia dilepaskan dan yang berakhir pada hari dia dikehendaki balik ke dalam jagaan. (5) Seseorang yang dilepaskan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang disebut dalam subseksyen terdahulu yang akhir atau yang dibenarkan secara lain, menurut Kaedah-Kaedah Pemenjaraan dan Tahanan, keluar dari mana-mana berek tahanan atau selainnya keluar daripada jagaan perkhidmatan bagi apa-apa tempoh atau tertakluk pada apa-apa syarat, hendaklah jika dia tidak balik apabila habis tempoh itu atau tidak mematuhi syarat itu, disifatkan bagi maksud subseksyen (2) sebagai berada dalam keadaan bebas dengan menyalahi undangundang. (6) Seseorang yang menjalani hukuman pemenjaraan perkhidmatan atau hukuman tahanan perkhidmatan dalam jagaan awam yang, setelah dilepaskan buat sementara di bawah undang- undang awam, berada dalam keadaan bebas pada bila-bila masa semasa tempoh dia boleh dihukum dengan pemenjaraan atau ditahan dalam jagaan awam menurut hukumannya, hendaklah disifatkan berada dalam keadaan bebas dengan menyalahi undang-undang jika tempoh yang dia dilepaskan buat sementara itu telah tamat atau jika suatu perintah yang memanggilnya semula telah dibuat menurut undang-undang awam. (7) Sebutan dalam subseksyen terdahulu yang akhir disebut mengenai pelepasan atau pemanggilan semula di bawah undangundang awam ialah sebutan mengenai pelepasan atau pemanggilan semula menurut undang-undang bagi negara yang dalamnya dia menjalani hukumannya.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part V β†’

Find Act 77 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next