My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 135

Armed Forces Act 1972 s 135

s 135 Suspension of sentences

(1) The following provisions of this section shall have effect as respects the suspension of a sentence of imprisonment or detention passed by a court-martial on a serviceman. (2) Without prejudice to subsection 125(5), in confirming such a sentence the confirming officer may direct that the sentence shall be suspended. (3) Any such sentence which is not for the time being suspended may, on the review or reconsideration of the sentence, be suspended by direction of the authority reviewing or reconsidering the sentence. (4) The suspension of any such sentence may (without prejudice to its again being suspended) be determined on the review or reconsideration of the sentence by a direction of the said authority committing the person sentenced to imprisonment or detention, as the case may be. (5) Where, while any such sentence is suspended, the person is sentenced by court-martial to imprisonment or detention for a fresh offence, then (unless the balance of the earlier sentence is remitted by virtue of subsection 90(9))— (a) the court-martial may determine the suspension of the earlier sentence by an order committing the person sentenced to imprisonment or detention, as the case may be, and if so, the court shall direct whether the two sentences are to run consecutively or concurrently; (b) if the court does not exercise the powers conferred by the foregoing paragraph, the confirming officer may exercise those powers on the confirmation of the later sentence; (c) if neither the court nor the confirming officer exercise the said powers, the reviewing authority may exercise those powers on the review of the later sentence; (d) where the said powers are exercised (whether by the court-martial, the confirming officer or the reviewing authority), any power of suspension or remission exercisable in relation to the later sentence shall be exercisable also in relation to the earlier sentence: Provided that this subsection has effect subject to subsection 90(9). (6) Without prejudice to the further suspension of the earlier sentence, an order under the last foregoing subsection directing that the suspension of that sentence shall be determined shall not be affected by the later sentence not being confirmed or by its being quashed. (7) Where the sentence of a person in custody is suspended, he shall thereupon be released. (8) The maximum intervals for the reconsideration, under subsection 129(2), of a sentence of imprisonment or detention which is suspended, shall be three months, and not those specified under the said subsection. Execution of Sentences of Death, Imprisonment and Detention

Malay text (authoritative)

Penggantungan hukuman

(1) Peruntukan yang berikut dalam seksyen ini hendaklah berkuat kuasa berkenaan dengan penggantungan sesuatu hukuman pemenjaraan atau tahanan yang dijatuhkan oleh mahkamah tentera ke atas seseorang askar-lasykar. (2) Dengan tidak menyentuh subseksyen 125(5), semasa mengesahkan hukuman sedemikian pegawai pengesah boleh mengarahkan supaya hukuman itu digantung. (3) Apa-apa hukuman yang tidak digantung pada masa itu, apabila hukuman itu dikaji semula atau ditimbang semula, boleh digantung dengan arahan pihak berkuasa yang mengkaji semula atau menimbang semula hukuman itu. (4) Penggantungan apa-apa hukuman (dengan tidak menyentuh hukuman itu digantung sekali lagi) boleh diputuskan apabila hukuman itu dikaji semula atau ditimbang semula dengan arahan pihak berkuasa tersebut yang telah mengkomitkan orang itu dengan hukuman pemenjaraan atau tahanan, mengikut mana-mana yang berkenaan. (5) Jika, semasa mana-mana hukuman itu digantung, orang itu dihukum dengan pemenjaraan atau tahanan oleh mahkamah tentera bagi sesuatu kesalahan baru, maka (melainkan jika baki hukuman yang terdahulu itu diremitkan menurut kuasa subseksyen 90(9))— (a) mahkamah tentera itu boleh menamatkan penggantungan hukuman yang terdahulu itu dengan suatu perintah yang mengkomitkan orang yang dihukum dengan pemenjaraan atau tahanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan jika demikian mahkamah hendaklah mengarahkan supaya kedua-dua hukuman itu berjalan berturut-turut atau serentak; (b) jika mahkamah itu tidak menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan yang disebut terdahulu, pegawai pengesah boleh menjalankan kuasa itu apabila hukuman yang kemudian itu disahkan; (c) jika mahkamah atau pegawai pengesah itu tidak menjalankan kuasa itu, pihak berkuasa kajian semula boleh menjalankan kuasa itu apabila hukuman yang kemudian itu dikaji semula; (d) jika kuasa tersebut dijalankan (sama ada oleh mahkamah tentera, pegawai pengesah atau pihak berkuasa kajian semula), apa-apa kuasa penggantungan atau peremitan yang boleh dijalankan berhubung dengan hukuman yang kemudian itu boleh dijalankan juga berhubung dengan hukuman yang terdahulu itu: Dengan syarat bahawa subseksyen ini berkuat kuasa tertakluk pada subseksyen 90(9). (6) Dengan tidak menyentuh penggantungan selanjutnya hukuman yang terdahulu itu, sesuatu perintah di bawah subseksyen terdahulu yang akhir disebut yang mengarahkan supaya penggantungan hukuman itu ditamatkan tidak akan terjejas oleh sebab hukuman yang kemudian itu tidak disahkan atau kerana ia dibatalkan. (7) Jika hukuman terhadap seseorang yang berada dalam jagaan digantung, dia hendaklah dengan itu dilepaskan. (8) Lat tempoh maksimum bagi pertimbangkan semula, di bawah subseksyen 129(2), sesuatu hukuman pemenjaraan atau tahanan yang digantung, ialah tiga bulan, dan bukan yang dinyatakan di bawah subseksyen tersebut. Pelaksanaan Hukuman Mati, Pemenjaraan dan Tahanan

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next