s 139 Special provisions as to the carrying out or serving of sentences outside Malaysia otherwise than in service prisons or detention barracks
(1) The Minister may from time to time make arrangements with the authorities of any country outside Malaysia whereby sentences of death passed by courts-martial may, in accordance with regulations made under section 136, be carried out in establishments under the control of those authorities and service sentences of imprisonment or detention may, in accordance with Imprisonment and Detention Rules, be served wholly or partly in such establishments.
(2) The powers conferred on the Minister by sections 136 and 137 shall extend to the making of such provisions as appears to the Minister necessary or expedient for giving effect to any arrangements made under the foregoing subsection.
(3) Such powers shall be so exercised as to secure that no sentence of death passed by a court-martial shall be executed, and no service sentence of imprisonment or detention shall be served in an establishment in any country outside Malaysia, not being a service establishment, except in accordance with arrangements made as respects that country.
Malay text (authoritative)
Peruntukan khas bagi melaksanakan atau menjalankan hukuman di luar Malaysia selain dalam penjara perkhidmatan atau berek tahanan
(1) Menteri boleh dari semasa ke semasa membuat perkiraan dengan pihak berkuasa mana-mana negara di luar Malaysia, supaya hukuman mati yang dijatuhkan oleh mahkamah tentera boleh dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 136, dalam institusi di bawah kawalan pihak berkuasa itu dan hukuman pemenjaraan perkhidmatan atau hukuman tahanan perkhidmatan dijalankan keseluruhan atau sebahagiannya dalam institusi itu mengikut Kaedah-Kaedah Pemenjaraan dan Tahanan.
(2) Kuasa yang diberikan kepada Menteri oleh seksyen 136 dan 137 hendaklah meliputi pembuatan peruntukan yang pada pendapat Menteri adalah perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan mana-mana perkiraan yang telah dibuat di bawah seksyen yang disebut terdahulu.
(3) Kuasa itu hendaklah dijalankan sedemikian untuk memastikan bahawa tiada hukuman mati yang dijatuhkan oleh sesuatu mahkamah tentera boleh dilaksanakan, dan tiada hukuman pemenjaraan perkhidmatan atau hukuman tahanan perkhidmatan boleh dijalankan, dalam sesuatu institusi dalam mana-mana negara di luar Malaysia, yang bukan institusi perkhidmatan, kecuali mengikut perkiraan yang telah dibuat berkenaan dengan negara itu.
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).