My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 140

Armed Forces Act 1972 s 140

s 140 Country in which sentence of imprisonment or detention to be served

(1) A person who is serving a service sentence of imprisonment or detention in Malaysia may (in so far as may be specified by or under Imprisonment and Detention Rules) be removed out of Malaysia to any place where the unit or any part thereof or the ship to which for the time being he belongs is serving or under orders to serve, but not to any other place. (2) Subject to the following provisions of this section, a person sentenced under this Act, by a court-martial held outside Malaysia, to imprisonment for more than twelve months shall, as soon as practicable after the confirmation of the sentence is completed, be removed to Malaysia. (3) Where a person has been sentenced under this Act, by a courtmartial held outside Malaysia, to imprisonment for more than twelve months, the confirming officer or the reviewing authority may, notwithstanding anything in the last foregoing subsection, direct that he shall not be required to be removed to Malaysia until he has served such part of his sentence, not exceeding (in the case of a sentence of more than two years imprisonment) two years, as may be specified in the direction; and in determining whether or not to exercise the powers conferred by this subsection, a confirming officer or a reviewing authority shall have regard to any recommendation in that behalf made by the court-martial. (4) Any direction of a confirming officer under this section may at any time be revoked by the confirming officer or a reviewing authority, or superseded by any direction of the confirming officer or a reviewing authority which the confirming officer or reviewing authority could have given under the last foregoing subsection; and any direction of a reviewing authority under this section may at any time be revoked by the reviewing authority or superseded as aforesaid. (5) Any direction given under this section, and any revocation of any such direction, shall be promulgated. (6) In ascertaining at any time for the purposes of this section the nature or length of a sentence regard shall be had to any commutation or remission of the sentence previously directed.

Malay text (authoritative)

Negara di mana hukuman pemenjaraan atau tahanan hendak dijalankan

(1) Seseorang yang sedang menjalani sesuatu hukuman pemenjaraan perkhidmatan atau hukuman tahanan perkhidmatan di Malaysia (setakat yang dinyatakan oleh atau di bawah Kaedah-Kaedah Pemenjaraan dan Tahanan) boleh dipindahkan keluar dari Malaysia ke mana-mana tempat di mana unit atau mana-mana bahagiannya atau kapal di mana dia bertugas sedang berkhidmat atau diperintahkan untuk berkhidmat, tetapi tidak ke mana-mana tempat lain. (2) Tertakluk pada peruntukan yang berikut dalam seksyen ini, seseorang yang dijatuhkan hukuman pemenjaraan di bawah Akta ini, oleh mahkamah tentera yang diadakan di luar Malaysia, selama lebih daripada dua belas bulan hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan setelah hukuman itu selesai disahkan, dipindahkan ke Malaysia. (3) Jika seseorang telah dijatuhkan hukuman pemenjaraan di bawah Akta ini, oleh mahkamah tentera yang diadakan di luar Malaysia, selama tempoh lebih daripada dua belas bulan, pegawai pengesah atau pihak berkuasa kajian semula boleh, walau apa pun apaapa jua yang terkandung dalam subseksyen terdahulu yang akhir disebut, mengarahkan supaya dia tidak dikehendaki dipindahkan ke Malaysia sehingga dia telah menjalani sebahagian daripada hukumannya, iaitu tidak melebihi dua tahun (bagi sesuatu hukuman pemenjaraan yang melebihi dua tahun), sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu; dan pada menentukan sama ada hendak menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen ini atau tidak, seseorang pegawai pengesah atau sesuatu pihak berkuasa kajian semula hendaklah memberi perhatian kepada apa-apa syor bagi maksud itu yang dibuat oleh mahkamah tentera. (4) Apa-apa arahan pegawai pengesah di bawah seksyen ini boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh pegawai pengesah itu atau pihak berkuasa kajian semula atau digantikan oleh apa-apa arahan pegawai pengesah itu atau pihak berkuasa kajian semula yang boleh diberikan oleh pegawai pengesah atau pihak berkuasa kajian semula itu di bawah subseksyen terdahulu yang akhir disebut; dan apa-apa arahan pihak berkuasa kajian semula di bawah seksyen ini boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh pihak berkuasa kajian semula itu atau digantikan seperti yang disebut terdahulu. (5) Apa-apa arahan yang diberikan di bawah seksyen ini, dan pembatalan apa-apa arahan itu, hendaklah diisytiharkan. (6) Dalam menentukan, pada bila-bila masa bagi maksud seksyen ini, jenis atau tempoh sesuatu hukuman, maka hendaklah diambil kira apa-apa peringanan atau peremitan hukuman yang telah diarahkan terdahulu.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next