My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 143

Armed Forces Act 1972 s 143

s 143 Trial and punishment of offences under service law notwithstanding offender ceasing to be subject to service law

(1) Subject to section 144, where an offence under this Act triable by court-martial has been committed, or is reasonably suspected of having been committed, by any person whilst subject to service law under this Act, then in relation to that offence he shall be treated, for the purposes of this Act relating to arrest, keeping in custody, investigation of charges, trial and punishment by court-martial (including confirmation, review, reconsideration and suspension) and execution of sentences, as continuing subject to service law notwithstanding his ceasing at any time to be subject thereto. (2) Where, while a person is in service custody by virtue of this section (whether before, during or after trial) he commits, or is reasonably suspected of having committed, an offence which, if he were subject to service law under this Act, would be an offence under this Act triable by court-martial, then in relation to that offence or suspected offence he shall be treated, for the purposes of the provisions of this Act mentioned in the foregoing subsection and the provisions thereof as to the summary dealing with charges, as having been subject to service law under this Act when the offence was committed or is suspected of having been committed and continuing subject thereto thereafter. (3) Where, by virtue of either of the two foregoing subsections, a person is treated as being at any time subject to service law under this Act for the purpose of any provision of this Act, that provision shall apply to him— (a) if he holds any service rank, as to a person having that rank; or (b) otherwise as to a person having the rank which he had when last actually subject to service law under this Act or any written law repealed by this Act: Provided that as respects any time after he has been sentenced for the offence in question and the sentence has been confirmed the said provision shall apply to him (in any case) as to a serviceman. (4) Where, apart from this subsection, any provision of this Act would, under the last foregoing subsection, apply to a person, in relation to different ranks, it shall apply to him as to a person having the lower or lowest of those ranks.

Malay text (authoritative)

Perbicaraan dan hukuman bagi kesalahan di bawah undang- undang perkhidmatan walaupun pesalah tidak lagi tertakluk pada undang-undang perkhidmatan

(1) Tertakluk pada seksyen 144, jika suatu kesalahan di bawah Akta ini yang boleh dibicarakan oleh mahkamah tentera telah dilakukan, atau disyaki dengan munasabah sebagai telah dilakukan, oleh mana-mana orang semasa tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini, maka berhubung dengan kesalahan itu dia disifatkan, bagi maksud Akta ini yang berhubungan dengan penangkapan, simpanan dalam jagaan, penyiasatan pertuduhan, perbicaraan dan hukuman oleh mahkamah tentera (termasuk pengesahan, kajian semula, pertimbangan semula dan penggantungan) dan pelaksanaan hukuman, sebagai terus tertakluk pada undangundang perkhidmatan walaupun dia tidak lagi pada bila-bila masa tertakluk padanya. (2) Jika, semasa seseorang itu berada dalam jagaan perkhidmatan menurut seksyen ini (sama ada sebelum, semasa atau selepas perbicaraan) dia melakukan, atau semunasabahnya disyaki telah melakukan, sesuatu kesalahan yang, jika dia tertakluk pada undangundang perkhidmatan di bawah Akta ini, menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini yang boleh dibicarakan oleh mahkamah tentera, maka berhubung dengan kesalahan itu atau kesalahan yang disyaki itu dia disifatkan, bagi maksud peruntukan Akta ini yang disebut dalam subseksyen terdahulu yang disebut dan peruntukannya mengenai perbicaraan pertuduhan secara terus, sebagai telah pernah tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini apabila kesalahan itu dilakukan atau disyaki sebagai telah dilakukan dan terus tertakluk pada undang-undang perkhidmatan selepas itu. (3) Jika, menurut kuasa mana-mana satu daripada dua subseksyen terdahulu yang disebut, seseorang disifatkan pada bila-bila masa tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini bagi maksud mana-mana peruntukan Akta ini, peruntukan itu hendaklah terpakai baginya— (a) jika dia memegang apa-apa pangkat perkhidmatan, sebagai seseorang yang memegang pangkat itu; atau (b) secara lain sebagai seseorang yang memegang pangkat yang dipegangnya pada masa dia akhir sekali sebenarnya tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini: Dengan syarat bahawa mengenai apa-apa masa selepas dia dihukum bagi kesalahan berkenaan dan hukuman itu disahkan, maka peruntukan tersebut hendaklah terpakai baginya (dalam apa-apa hal) sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi seseorang askar-lasykar. (4) Jika, selain subseksyen ini, mana-mana peruntukan Akta ini terpakai bagi seseorang di bawah subseksyen terdahulu yang akhir disebut berhubung dengan pangkat yang berlainan, peruntukan itu hendaklah terpakai baginya sebagaimana ia terpakai bagi seseorang yang memegang pangkat yang lebih rendah atau yang paling rendah daripada pangkat-pangkat itu.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next