My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 144

Armed Forces Act 1972 s 144

s 144 Limitation of time for trial of offences under service law

(1) No person shall be tried by court-martial for any offence, other than one against section 47, 48, 61, 77, 88 or desertion unless the convening order is issued and served on him within three years after the commission of the offence, there being disregarded any time which he was a prisoner of war, any time during which he was illegally absent, or any period with effect from the date of filing of proceedings for judicial review in the High Court to the date of final disposal of those proceedings: Provided that— (a) in the case of an offence against section 88 where proceedings for the corresponding civil offence must, by virtue of any written law, be brought within a limited time, that limit of time shall apply to the trial of the offence under the said section in substitution for the foregoing provisions of this subsection; (b) subject to any such limit of time as is, mentioned in the foregoing paragraph, a person may be tried by courtmartial for a civil offence committed outside Malaysia notwithstanding that it was committed more than three years before the beginning of the trial, if the Public Prosecutor consents to the trial. (2) Where a person who has committed an offence of desertion, other than desertion on active service, has since the offence served as a member of the regular forces continuously in an exemplary manner for not less than three years, he shall not be tried for that offence. (3) A person shall not be triable by virtue of subsection 143(1) unless his trial is begun within three months after he ceases to be subject to service law, or the trial is for a civil offence committed outside Malaysia and the Public Prosecutor consents to the trial: Provided that this subsection shall not apply to an offence against section 47 or 48 or desertion. (4) A person shall not be arrested or kept in custody by virtue of subsection 143(1) for an offence at any time after he has ceased to be triable for that offence. (5) In this section, “judicial review” includes proceedings instituted by way of— (a) an application for any of the prerogative orders of mandamus, prohibition or certiorari; (b) an application for a declaration or an injunction; (c) a writ of habeas corpus; or (d) any other suit, action or other legal proceedings relating to or arising out of any act done or decision made by the court-martial or the convening authority in accordance with this Act. Relations between Service Law and Civil Courts and Finality of Trials

Malay text (authoritative)

Had masa bagi perbicaraan kesalahan di bawah undang-undang perkhidmatan

(1) Tiada seorang pun boleh dibicarakan oleh mahkamah tentera atas apa-apa kesalahan, selain kesalahan terhadap seksyen 47, 48, 61, 77, 88 atau kesalahan tinggal tugas melainkan jika perintah yang memanggil untuk bersidang dikeluarkan dan disampaikan kepadanya dalam masa tiga tahun selepas kesalahan itu dilakukan, dengan tidak mengambil kira apa-apa tempoh semasa dia menjadi seorang tawanan perang, apa-apa tempoh yang dia telah tidak hadir dengan menyalahi undang-undang, atau apa-apa tempoh mulai dari tarikh pemfailan prosiding bagi kajian semula kehakiman dalam Mahkamah Tinggi sehingga tarikh pemberesan muktamad prosiding itu: Dengan syarat bahawa— (a) dalam hal suatu kesalahan terhadap seksyen 88 yang prosiding bagi kesalahan awam yang bersamaan dengannya, menurut mana-mana undang-undang bertulis, mesti dibawa dalam suatu tempoh yang terhad, maka had masa itu hendaklah terpakai bagi perbicaraan ke atas kesalahan itu di bawah seksyen itu sebagai ganti peruntukan subseksyen ini yang disebut terdahulu; (b) tertakluk pada apa-apa had masa sebagaimana yang disebut dalam perenggan yang terdahulu, seseorang boleh dibicarakan oleh mahkamah tentera atas sesuatu kesalahan awam yang dilakukan di luar Malaysia walaupun kesalahan itu telah dilakukan lebih daripada tiga tahun sebelum perbicaraan itu dimulakan, jika Pendakwa Raya membenarkan perbicaraan itu. (2) Jika seseorang yang telah melakukan suatu kesalahan tinggal tugas, selain kesalahan tinggal tugas semasa dalam perkhidmatan giat, telah semenjak kesalahan itu berkhidmat terus-menerus sebagai anggota angkatan tetap selama tidak kurang daripada tiga tahun dengan kelakuan terpuji, dia tidak boleh dibicarakan atas kesalahan itu. (3) Seseorang tidak boleh dibicarakan menurut subseksyen 143(1) melainkan jika perbicaraannya telah dimulakan dalam tempoh tiga bulan selepas dia tidak lagi tertakluk pada undang-undang perkhidmatan, atau perbicaraan itu adalah atas sesuatu kesalahan awam yang dilakukan di luar Malaysia dan Pendakwa Raya membenarkan perbicaraan itu: Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak boleh terpakai bagi sesuatu kesalahan terhadap seksyen 47 atau 48 atau kesalahan tinggal tugas. (4) Seseorang tidak boleh ditangkap atau disimpan dalam jagaan menurut kuasa subseksyen 143(1) atas sesuatu kesalahan pada bila-bila masa setelah dia tidak lagi boleh dibicarakan atas kesalahan itu. (5) Dalam seksyen ini, “kajian semula kehakiman” termasuklah prosiding yang dimulakan secara— (a) sesuatu permohonan bagi apa-apa perintah prerogatif bagi mandamus, larangan atau certiorari; (b) sesuatu permohonan bagi suatu perisytiharan atau injunksi; (c) sesuatu writ habeas corpus; atau (d) apa-apa guaman lain, tindakan atau prosiding undangundang lain yang berhubungan dengan atau yang berbangkit daripada apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh mahkamah tentera atau pihak berkuasa yang memanggil sidang mengikut Akta ini. Perhubungan antara Undang-Undang Perkhidmatan dengan Mahkamah Awam dan Muktamadnya Perbicaraan

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next