(1) The Minister may make rules governing any board of inquiry (hereinafter referred to as “Board of Inquiry Rules”) and subject to and in accordance with the provisions of such Board of Inquiry Rules, the Armed Forces Council or any officer of the regular forces empowered by or under such rules so to do may convene a board of inquiry to investigate and report on the facts relating to any matter which may be referred to such board by the Armed Forces Council or by any such officer as aforesaid; and a board shall, if directed so to do, express their opinion on any question arising out of any matter referred to it.
(2) A board of inquiry shall consist of such number of persons, as may be provided for by Board of Inquiry Rules, who shall be persons subject to service law under this Act and the president of a board of
inquiry shall be an officer not below the rank of army lieutenant or its equivalent.
(3) Subject to the provisions this section, Board of Inquiry Rules may make provision with respect to the convening, constitution and procedure of boards of inquiry and, without prejudice to the generality of the foregoing subsection, may make provision for all or any of the following matters, that is to say:
(a) the rules of evidence to be observed by boards of inquiry and the taking of evidence before such boards, including the administration of oaths and affirmations to witnesses;
(b) without prejudice to the provisions of the next following section, the making in service books of records of findings by boards of inquiry in such cases as may be provided by the rules;
(c) such incidental and supplementary matters as appear requisite for the purpose of the rules.
(4) Board of Inquiry Rules shall contain provisions for securing that any witness or other person who may be affected by the findings of a board of inquiry shall have an opportunity of being present, and represented, at the sittings of the board or such part thereof as may be specified by or under the Board of Inquiry Rules.
(5) Evidence given before a board of inquiry shall not be admissible against any person in proceedings before a court-martial, commanding officer or appropriate superior authority, other than for an offence against section 77, or for an offence against section 88 where the corresponding civil offence is giving or fabricating false evidence.
Malay text (authoritative)
Lembaga siasatan
(1) Menteri boleh membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan mana-mana lembaga siasatan (kemudian daripada ini disebut “Kaedah-Kaedah Lembaga Siasatan”) dan tertakluk pada dan mengikut peruntukan Kaedah-Kaedah Lembaga Siasatan itu, Majlis Angkatan Tentera atau mana-mana pegawai angkatan tetap yang diberi kuasa oleh atau di bawah kaedah-kaedah itu untuk berbuat demikian, boleh memanggil untuk bersidang suatu lembaga siasatan untuk menyiasat dan memberi laporan mengenai fakta yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang boleh dirujuk kepada lembaga itu oleh Majlis Angkatan Tentera atau mana-mana pegawai yang disebut terdahulu; dan sesuatu lembaga siasatan hendaklah, jika diarahkan berbuat demikian, menyatakan pendapatnya mengenai apa-apa soal yang berbangkit daripada apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya.
(2) Sesuatu lembaga siasatan hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan orang sebagaimana yang diperuntukkan oleh Kaedah-kaedah Lembaga Siasatan, yang merupakan orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini dan yang dipertua lembaga siasatan itu hendaklah seorang pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada leftenan tentera atau yang setaraf dengannya.
(3) Tertakluk pada peruntukan seksyen ini, Kaedah-Kaedah Lembaga Siasatan boleh membuat peruntukan berkenaan dengan persidangan, keanggotaan dan tatacara bagi lembaga siasatan dan, dengan tidak menyentuh keluasan makna subseksyen yang disebut terdahulu, boleh membuat peruntukan bagi semua atau mana-mana daripada perkara yang berikut, iaitu:
(a) kaedah-kaedah mengenai keterangan untuk dipatuhi oleh lembaga siasatan dan mengambil keterangan di hadapan lembaga itu, termasuk mentadbirkan sumpah dan ikrar kepada saksi;
(b) dengan tidak menyentuh peruntukan seksyen yang berikut, merekodkan dalam buku perkhidmatan dapatan oleh
lembaga siasatan dalam hal sebagaimana yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah;
(c) apa-apa perkara yang bersampingan dan perkara tambahan yang perlu bagi maksud kaedah-kaedah itu.
(4) Kaedah-Kaedah Lembaga Siasatan hendaklah mengandungi peruntukan untuk memastikan supaya mana-mana saksi atau orang lain yang mungkin terlibat oleh dapatan sesuatu lembaga siasatan mempunyai peluang untuk hadir, dan diwakili dalam persidangan lembaga atau sesuatu bahagiannya sebagaimana yang dinyatakan oleh atau di bawah Kaedah-Kaedah Lembaga Siasatan.
(5) Keterangan yang diberikan di hadapan sesuatu lembaga siasatan tidak boleh diterima terhadap mana-mana orang dalam prosiding di hadapan sesuatu mahkamah tentera, pegawai memerintah atau pihak berkuasa atasan yang berkenaan, selain bagi sesuatu kesalahan terhadap seksyen 77, atau bagi sesuatu kesalahan terhadap seksyen 88 jika kesalahan awam yang bersamaan ialah kesalahan memberikan atau mereka keterangan palsu.
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).