My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 156

Armed Forces Act 1972 s 156

s 156 Interpretation

(1) In this Part— “civil prison” means a prison in Malaysia in which a person sentenced by a civil court to imprisonment can for the time being be confined; “convening officer”, in relation to a court-martial, means the officer convening that court-martial, and includes his successor in office or any person for the time being exercising his or his successor’s functions; “prescribed” means prescribed by Rules of Procedure or any regulation made under section 155; “prison” means a civil prison or a service prison; “serviceman” shall have the meaning assigned to it in section 2 and shall also include a serviceman in the Regular Forces Reserve and a volunteer; “service prison” means separate premises designated by the Minister for persons serving service sentences of imprisonment. (2) References in this Part to a service sentence of imprisonment are references to a sentence of imprisonment passed by a court-martial. (3) References in this Part to warrant officers do not include references to acting warrant officers. (4) References in this Part to non-commissioned officers include references to acting non-commissioned officers and acting warrant officers.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

(1) Dalam Bahagian ini— “askar-lasykar” hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 dan hendaklah juga termasuk seorang askar-lasykar dalam Simpanan Angkatan Tetap dan seorang anggota sukarela; “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah Tatacara atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 155; “pegawai sidang”, berhubung dengan sesuatu mahkamah tentera, ertinya pegawai yang memanggil mahkamah tentera itu untuk bersidang, dan termasuklah pengganti jawatannya atau mana-mana orang yang pada masa ini menjalankan fungsinya atau fungsi penggantinya; “penjara” ertinya suatu penjara awam atau penjara perkhidmatan; “penjara awam” ertinya suatu penjara di Malaysia di mana seseorang yang dijatuhi hukuman pemenjaraan oleh mahkamah awam boleh dikurung pada masa itu; “penjara perkhidmatan” ertinya premis yang berasingan yang ditetapkan oleh Menteri bagi orang yang menjalani hukuman pemenjaraan perkhidmatan. (2) Sebutan dalam Bahagian ini mengenai sesuatu hukuman pemenjaraan perkhidmatan ialah sebutan mengenai sesuatu hukuman pemenjaraan yang dijatuhkan oleh mahkamah tentera. (3) Sebutan dalam Bahagian ini mengenai pegawai waran tidak termasuk sebutan mengenai pemangku pegawai waran. (4) Sebutan dalam Bahagian ini mengenai pegawai tidak bertauliah termasuklah sebutan mengenai pemangku pegawai tidak bertauliah dan pemangku pegawai waran.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next