Armed Forces Act 1972 s 157
s 157 Power of the Armed Forces Council to make Pay and Allowances Regulations
(1) The Armed Forces Council with the approval of the Yang di-Pertuan Agong may make regulations including regulations providing for matters which may be issued by Perintah Majlis Angkatan Tentera (hereinafter referred to as βPay and Allowances Regulationsβ) governing the pay, allowances and other emoluments of officers and servicemen of the regular forces and other matters pertaining thereto and in particular governing the following provisions of this Part.
(2) Notwithstanding the appointment of the date for the coming into force of this Act pursuant to section 1 or the provisions of any written law to the contrary, any regulations made under subsection (1) may be given retrospective effect to any date, whether before or after the coming into force of this Act.
(3) Notwithstanding the appointment of the date for the coming into force of this Act pursuant to section 1 or the provisions of any written law to the contrary, the Armed Forces Council with the approval of the Yang di-Pertuan Agong may amend any of the rules, regulations, orders and other instruments made under the enactment and ordinances repealed by subsection 217(1) where such subsidiary legislation is still in force by virtue of subsection (2) of that section and any amendment made hereunder to such subsidiary legislation still in force may be given retrospective effect to any date, whether before or after the coming into force of this Act.
Malay text (authoritative)
Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat Peraturan- Peraturan Gaji dan Elaun
(1) Majlis Angkatan Tentera boleh dengan kelulusan Yang di- Pertuan Agong membuat peraturan-peraturan termasuklah peraturanperaturan yang memperuntukkan perkara yang boleh dikeluarkan melalui Perintah Majlis Angkatan Tentera (kemudian daripada ini disebut βPeraturan-Peraturan Gaji dan Elaunβ) berkenaan dengan gaji, elaun dan emolumen lain bagi pegawai dan askar-lasykar angkatan tetap dan perkara lain yang bersangkutan dengannya dan khususnya berkenaan dengan peruntukan yang berikut dalam Bahagian ini.
(2) Walau apa pun tarikh yang ditetapkan bagi permulaan kuat kuasa Akta ini menurut seksyen 1 atau peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apa-apa peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh diberikan kuat kuasa ke
belakang kepada apa-apa tarikh, sama ada sebelum atau selepas permulaan berkuat kuasa Akta ini.
(3) Walau apa pun tarikh yang ditetapkan bagi permulaan kuat kuasa Akta ini menurut seksyen 1 atau peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Majlis Angkatan Tentera dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong boleh meminda apa-apa kaedah, peraturan, perintah dan surat cara lain yang dibuat di bawah enakmen dan ordinan yang dimansuhkan oleh subseksyen 217(1) yang perundangan subsidiari itu masih berkuat kuasa menurut kuasa subseksyen (2) seksyen itu dan apa-apa pindaan yang dibuat di bawah ini kepada perundangan subsidiari yang masih berkuat kuasa itu boleh diberikan kuat kuasa ke belakang kepada apa-apa tarikh, sama ada sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini.
Read this section in the full act β Β· Open Part VI β
Find Act 77 on lom.agc.gov.my β
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).