My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 158

Armed Forces Act 1972 s 158

s 158 Forfeitures and deductions: general provisions

(1) No forfeiture of the pay of an officer or serviceman shall be imposed unless authorized by this Act or some other Act and no deduction from such pay shall be made unless so authorized or authorized by Pay and Allowances Regulations. (2) Pay and Allowances Regulations shall not authorize the making of any penal deduction, that is to say, a deduction to be made by reason of the commission of any offence or other wrongful act or in consequence of any negligence. (3) The foregoing provisions of this section shall not prevent the making of Pay and Allowances Regulations providing for the imposition of any forfeiture authorized by this Act or the making of any deduction so authorized or for the time at which and the manner in which sums may be deducted from pay to give effect to authorized deductions or the manner in which amounts may be so deducted in order to recover any fine imposed in pursuance of this Act, or as to the appropriation of any such sum or amount when deducted, or of providing for the determination of questions relating to forfeitures or deductions. (4) Notwithstanding any deduction from the pay of an officer or serviceman, he shall (subject to any forfeiture) remain in receipt of pay at not less than such minimum rate as may be prescribed by or under Pay and Allowances Regulations. (5) Notwithstanding that forfeiture of pay of an officer or serviceman for any period has been ordered in pursuance of this Act, he shall remain in receipt of pay at such minimum rate as aforesaid but the amount received for that period may be recovered from him by deduction from pay. (6) Any amount authorized to be deducted from the pay of an officer or serviceman may be deducted from any balance (whether or not representing pay) which may be due to him as an officer or serviceman, and references in this Act to the making of deductions from pay shall be construed accordingly, and the whole or any part of any sum forfeited from an offender’s pay may be recovered by deduction from any such balance.

Malay text (authoritative)

Pelucuthakan dan potongan: peruntukan am

(1) Tiada pelucuthakan gaji seseorang pegawai atau askarlasykar boleh dikenakan melainkan jika dibenarkan oleh Akta ini atau sesuatu Akta lain dan tiada potongan daripada gaji itu boleh dibuat melainkan jika dibenarkan sedemikian atau dibenarkan oleh Peraturan- Peraturan Gaji dan Elaun. (2) Peraturan-Peraturan Gaji dan Elaun tidak boleh membenarkan dibuat apa-apa potongan sebagai hukuman, iaitu, sesuatu potongan yang dibuat kerana apa-apa kesalahan atau perbuatan salah yang lain yang dilakukan atau yang berbangkit daripada apa-apa kecuaian. (3) Peruntukan seksyen ini yang disebut terdahulu tidak boleh menghalang Peraturan-Peraturan Gaji dan Elaun dibuat yang mengadakan peruntukan bagi mengenakan apa-apa pelucuthakan yang dibenarkan oleh Akta ini atau membuat apa-apa potongan yang dibenarkan sedemikian itu atau mengenai masa bila dan cara bagaimana wang itu boleh dipotong daripada gaji untuk melaksanakan potongan yang dibenarkan itu atau cara bagaimana wang itu boleh dipotong sedemikian untuk mendapatkan apa-apa denda yang dikenakan menurut Akta ini, atau mengenai penggunaan mana-mana wang atau jumlah itu apabila dipotong, atau mengadakan peruntukan bagi membuat keputusan mengenai soal yang berhubungan dengan pelucuthakan atau potongan. (4) Walau apa pun apa-apa jua potongan daripada gaji seseorang pegawai atau askar-lasykar (tertakluk pada apa-apa pelucuthakan) dia hendaklah terus menerima gaji mengikut kadar yang tidak kurang daripada kadar minimum yang ditetapkan oleh atau di bawah Peraturan-Peraturan Gaji dan Elaun. (5) Walau apa pun pelucuthakan gaji seseorang pegawai atau askar-lasykar bagi apa-apa tempoh telah diperintahkan menurut Akta ini, dia hendaklah terus menerima gaji mengikut sesuatu kadar minimum yang disebut terdahulu, tetapi jumlah yang diterima bagi tempoh itu boleh didapatkan daripadanya dengan membuat potongan daripada gajinya. (6) Apa-apa jumlah yang dibenarkan untuk dipotong daripada gaji seseorang pegawai atau askar-lasykar boleh dipotong daripada apa-apa baki (sama ada yang merupakan gaji atau tidak) yang kena dibayar kepadanya sebagai pegawai atau askar-lasykar, dan sebutan dalam Akta ini mengenai potongan yang dibuat daripada gaji hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya, dan keseluruhan atau mana-mana bahagian wang yang dilucuthakkan daripada gaji seseorang pesalah itu boleh didapatkan dengan memotong daripada apa-apa baki itu.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part VI β†’

Find Act 77 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next