My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 159

Armed Forces Act 1972 s 159

s 159 Forfeiture for absence from duty

(1) The pay of an officer or serviceman may be forfeited— (a) for any day of absence in such circumstances as to constitute an offence under section 54 or 55 or, if the competent authority so directs, of other absence without leave; (b) for any day of imprisonment, detention or field punishment awarded under this Act by a court-martial or commanding officer, or of imprisonment or detention of any description to which he is liable in consequence of an order or sentence of a civil court; (c) where he is found guilty (whether by court-martial, an appropriate superior authority or his commanding officer) of an offence under this Act, for any day (whether before or after he is found guilty) on which he is in hospital on account of sickness or injury certified by the proper medical officer to have been occasioned by the offence. (2) The pay of an officer or serviceman may be forfeited for any day of absence by reason of his having been made a prisoner of war if the competent authority is satisfied— (a) that he was made a prisoner of war through disobedience of orders or wilful neglect of his duty; (b) that having been made a prisoner of war he failed to take any reasonable steps available to him to rejoin His Majesty’s service; or (c) that having been made a prisoner of war he served with or aided the enemy in the prosecution of hostilities or of measures calculated to influence morale, or in any other manner whatsoever not authorized by international usage, but save as aforesaid, nothing in paragraph (1)(a) shall apply to absence by reason of having been made a prisoner of war. (3) Pay and Allowances Regulations may make provision as to the computation of time for the purposes of this section and in particular as to the counting or disregarding of parts of days.

Malay text (authoritative)

Pelucuthakan kerana tidak hadir bertugas

(1) Gaji seseorang pegawai atau askar-lasykar boleh dilucuthakkan— (a) bagi mana-mana hari dia tidak hadir mengikut hal keadaan yang menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen 54 atau 55 atau, jika diarahkan demikian oleh pihak berkuasa yang layak, bagi ketidakhadiran tanpa cuti yang lain; (b) bagi mana-mana hari dia dipenjarakan, ditahan atau dikenakan hukuman medan di bawah Akta ini oleh mahkamah tentera atau pegawai memerintah, atau bagi mana-mana hari dia dikenakan apa jua jenis hukuman pemenjaraan atau tahanan yang boleh dikenakan ke atasnya berikutan daripada sesuatu perintah atau hukuman oleh sesuatu mahkamah awam; (c) jika dia didapati bersalah (sama ada oleh mahkamah tentera, sesuatu pihak berkuasa atasan yang berkenaan atau pegawai memerintahnya) atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, bagi mana-mana hari (sama ada sebelum atau selepas dia didapati bersalah) yang dia berada di hospital oleh sebab sakit atau kecederaan yang diperakui oleh pegawai perubatan yang berkenaan sebagai telah disebabkan oleh kesalahan itu. (2) Gaji seseorang pegawai atau askar-lasykar boleh dilucuthakkan bagi mana-mana hari yang dia tidak hadir oleh kerana dia dijadikan orang tawanan perang jika pihak berkuasa yang layak berpuas hati bahawa— (a) dia telah dijadikan orang tawanan perang kerana tidak mematuhi perintah atau dengan sengaja mengabaikan tugasnya; (b) setelah dijadikan orang tawanan perang dia tidak mengambil apa-apa langkah yang munasabah yang boleh diambil olehnya untuk berkhidmat semula dalam perkhidmatan Seri Paduka Baginda; atau (c) setelah dijadikan tawanan perang, dia telah berkhidmat dengan atau membantu musuh dalam menjalankan kegiatan bermusuh-musuhan atau langkah yang dikira akan mempengaruhi semangat atau dengan apa-apa cara jua pun yang tidak dibenarkan menurut kelaziman antarabangsa, tetapi, kecuali seperti yang disebut terdahulu, tiada apa-apa jua dalam perenggan (1)(a) boleh terpakai bagi ketidakhadiran oleh sebab dia telah dijadikan seorang tawanan perang. (3) Peraturan-Peraturan Gaji dan Elaun boleh membuat peruntukan tentang penghitungan masa bagi maksud seksyen ini dan khususnya tentang pengiraan atau tidak mengambil kira bahagian hari.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next